Bab 17
Kepala yang tunduk memandang Jaja & Din ditangan spontan terangkat ke atas bila telinga menangkap Kisah Dongeng Stacy berlagu dari N9 yang diletakkan di sisi meja penyambut tetamu, tempat dia duduk sekarang. Nama di skrin yang terpapar buat Laila tersenyum.
"awak...." Mata Laila bersinar.
"assalamualaikum..." Suara lembut memberi salam yang menyapa cuping buat Laila gigit bibir. Malu. Terlampau teruja hingga lupa memberi salam. Si pemanggil pula yang menghulur salam. Issy..teruk betul kamu ni Laila.
"erkk..waalaikumsalam.. awak, kat mana sekarang? jauh lagi? jalan jam ke."
Terdengar ketawa kecil yang terlontar dari mulut si pemanggil.
"awak tu yang asyik sangat membaca sampai tak sedar saya dah terpacak kat depan pintu kaca ni. Sah sah tengah baca buku novel cinta kan." Mata Laila spontan menghala ke pintu utama. Bulat mata memandang ke arah sesusuk tubuh sasa dengan kemeja biru langit berjalur halus putih yang terlipat separuh lengannya sedang berdiri di depan pintu kaca sambil tersenyum. Laila turut tersenyum. Pantas dimatikan N9. Ditekan suis lampu di tepi dinding. Suasana yang terang tadinya sudah bertukar samar. Dicapai LV yang terletak diatas meja penyambut tetamu. Dilontarkan N9 kedalam mulut LV yang sedia ternganga. Langkah diatur ke pintu utama. Ditarik perlahan sebelum diloloskan tubuh keluar dari pintu. Ditarik semula. Laila membongkok tubuh ke bawah. Disorong kunci lalu dipusing beberapa kali. Ditarik kembali anak kunci dari lubang. Ditegakkan tubuh semula. Wazif yang asyik memandang perbuatannya ditatap. Laila senyum.
"maaf susahkan awak senja-senja ni. Saya ni menyusahkan orang je kan. Sorry banyak-banyak."
Wazif senyum memandang Laila . Laila hanya menundukkan wajah. Melarikan anak mata ke arah lain. Segan direnung begitu.
"untuk awak saya sanggup susahkan diri." Wazif senyum lagi. Laila gigit bibir. Kedua-dua melangkah seiring ke tempat parkir. Wazif sudah menekan punat ditangan yang dihalakan ke arah Harrier yang berada tidak jauh dihadapan. Dibukakan pintu ditempat penumpang hadapan sambil menganggukkan kepala. Isyarat mempersilakan Laila masuk. Laila yang sedikit terkejut dengan layanan Wazif tertunduk. Perlahan diucapkan terima kasih lalu terus meloloskan tubuh kurusnya ke dalam perut kereta hitam mewah berkenaan. Pintu ditolak cermat oleh Wazif sebelum lelaki itu dilihat melangkah ke arah pintu pemandu.
Wazif menghidupkan enjin. Kacamata dibetulkan sedikit kedudukannya. Myvi putih Laila yang berada tidak jauh dari mereka dipandang.
"awak dah kunci elok -elok kereta awak tu..." Jari jemari Wazif menghala pada Myvi Laila yang terdampar di parkir sebelum beralih tumpuan ke wajah Laila yang duduk disebelah. Laila angguk.
"dah tadi."
"good girl." Wazif senyum. Laila turut tersenyum sebelum kembali menghala pandangan ke luar tingkap. Malu ditatap terus oleh sepasang mata bundar Wazif. Brek tangan diturunkan Wazif. Stereng diputar bersama lafaz bismillah yang sempat tertangkap di telinga Laila. Dalam hati dilafazkan sama doa menaiki kenderaan. Moga perjalanan mereka selamat sampai ke destinasi masing-masing.Harrier Wazif membelok keluar dari kawasan parkir di pusat pameran Karyaaneka menghala ke jalan besar.
Jeda.
"selalu ke kereta tu meragam?" Wazif cuba bertanya. Mahu memecah kebisuan dalam ruang perut Harrier yang luas. Hanya instrumental tiupan saxophonist kegemarannya yang bergema memenuhi ruang. Laila sedari tadi hanya mendiamkan diri. Lebih tertumpu ke arah luar tingkap. Wazif tahu mungkin gadis disebelahnya ini masih segan kerana harus meminta dia datang menjemputnya pulang hari ini. Laila, kalau awak suruh saya jemput dan hantar awak pulang dari pejabat hari-hari pun saya sanggup!
Masih jeda.
"awak?"
Jeda lagi.
"Laila..." Wazif menoleh sekilas. Bibir mengukir senyum. Ternyata Laila sedang tunak memandang ke luar tingkap. Wajah ayu bertudung ungu muda itu bagai tenggelam dalam dunia fantasinya sendiri. Mata kembali dihala ke hadapan. Stereng kejap dipegang. Wazif berdehem. Sedikit kuat. Dan spontan sahaja Laila sudah mengalihkan pandangannya ke arah Wazif. Terlihat bibir lelaki disebelah tersenyum manis sambil menggelengkan kepala. Dahi Laila berkerut. Ada apa yang telah dilakukannya tanpa sedar hingga membuatkan lelaki disebelahnya ini tersenyum lebar. Aku ada buat aksi tak semenggah ke tadi? aku korek hidung ke tadi? Mata Laila sedikit terbuka sambil tangan menekup mulut.
Wazif menoleh sekilas kesebelah. Ternyata Laila juga sedang memandang padanya. Wazif senyum.
"awak ni suka berkhayal jugak ye."
"berkhayal? mana ada..."
Wazif ketawa kecil.
"tu tadi...saya tanya soalan pun awak tak jawab. Saya panggil nama awak pun tak jawab jugak." Wazif kembali menghala pandangan ke hadapan.
Laila renung wajah Wazif.
"err..awak tanya saya apa tadi?"
Wazif senyum. Menggeleng kepala.
"tak apa lah. Tak penting pun, hmmm."
Laila gigit bibir. Rasa bersalah terbit di dalam hati. Kesal kerana dirinya yang leka dengan pemandangan di luar tingkap hingga langsung tidak mendengar pertanyaaan Wazif juga panggilan Wazif kepadanya. Mesti Wazif merasakan Laila bersikap endah tak endah pada pertanyaannya. Satu perbuatan yang dianggap Laila sangat memalukan. Sudahlah dia meminta pertolongan lelaki ini. Mencuri masa kerja lelaki ini untuk menghantarnya pulang, kemudian bersikap tidak sewajarnya pula. Teruk betullah kau ni Laila!
"awak, cakaplah. Awak tanya saya apa tadi." Laila bersuara perlahan.
"betul awak nak tahu?"
Laila angguk kepala. Laju. Mata memaku pada Wazif yang tenang memandu. Wajah lelaki yang berkacamata itu direnung terus. Wazif senyum. Ada sesuatu sedang terlintas di minda.
"kalau saya tanya awak akan jawab?" Wazif menoleh sekilas ke arah Laila disebelah yang masih memandang padanya. Laila mengangguk lagi. Wazif berdehem perlahan. Kenderaan berhenti. Laila memandang kehadapan. Terlihat lampu isyarat sudah bertukar merah. Wazif memandang Laila yang juga sedang melontar pandangan padanya.
"Laila..." lembut suara Wazif yang terlontar sambil memandang tepat padanya buat Laila sedikit tidak keruan. Debaran di dada begitu dirasakan. Kedua-dua tapak tangan yang terdampar di riba saling meramas jari-jemari. Laila telan air liur. Wazif senyum.
"kalau saya minta jadi "penjaga" awak, awak sudi terima saya tak?"
"penjaga"? Laila kerut dahi. "awak nak jadi bodyguard saya?" Lurus ditanya. Wazif menggeleng. Tersenyum manis. Lucu dengan jawapan Laila.
"a housemate cum your roommate."
Laila tatap wajah Wazif tidak berkelip. Terkelu lidah. Tiada kalam yang mampu diungkapkan. Aliran darah dirasakan laju menuju ke pembuluh jantung. Debaran di dalam kian kencang. Dilarikan pandangan ke hadapan sebelum ditundukkan wajah. Beberapa kali ditelan air liur.
Sepi seketika.
Harrier hitam Wazif membelok perlahan memasuki perkarangan masjid Syaidina Abu Bakar. Laila kerut dahi. Wazif tenang memparkirkan keretanya diruang tempat letak kereta yang sudah dikhaskan. Ditanggalkan tali pinggang keledar yang membalut tubuh.
"buat apa kita berhenti kat masjid ni awak?" Laila menoleh memandang lelaki disebelah.
Wazif senyum. "saya nak ajak awak nikah dengan saya malam ni, boleh?"
Laila telan air liur. Wajah kacak Wazif ditatap. "a..awak, jangan main-main lah."
Tercetus ketawa kecil Wazif melihat reaksi terkejut Laila. Dihela nafas lembut sambil terus memandang wajah Laila yang jelas panik.
"sayang, maghrib dah dekat nak habis ni, taknak solat dulu, hmmm." Wazif terus menatap wajah ayu Laila. Raut putih mulus bujur sirih dengan sepasang mata bundar jernih dihadapannya ini sukar sekali membuatnya lena saban malam. Wazif istighfar dalam hati.
Laila gigit bibir. Wajah sudah merona. " eerr..saya..saya...cuti." Wazif senyum manis. Menganggukkan kepala. Pintu ditolak perlahan.
"awak tunggu dalam kereta ok. Saya masuk solat sekejap. Sementara tunggu saya solat, awak fikirkan jawapan untuk pertanyaan saya tadi, hmmm." Laila telan air liur. Mata memandang ke arah Wazif yang menghayun langkah memasuki masjid.
* * * * * * *
Enjin Harrier dimatikan. Tangan Laila menekap butang tali pinggang keledar. Dilucutkan tali yang membalut dirinya perlahan. Penuh cermat. Penuh sopan. Wazif hanya memerhati. Mata mereka bertembung. Wazif senyum. Laila juga tersenyum.
"awak..."
"hmmm..."
"terima kasih sudi tolong saya...sudi ambil saya di pejabat dan hantar saya balik ke rumah. Terima kasih jugak sudi belikan ni..." Laila senyum manis seraya mengangkat plastik merah yang terisi dua bekas polisterin bersama sebungkus sup tomyam didalamnya. "dinner untuk saya dan Anum." Tadinya selepas selesai menunaikan solat maghrib, Wazif mengajak Laila untuk makan malam namun Laila terpaksa menolak kerana katanya Anum pasti menanti dirumah untuk makan bersama nanti. Dan malam ini sememangnya giliran Laila untuk menyediakan makan malam. Lalu Wazif terus sahaja singgah di gerai berhampiran masjid dan membungkus dua pek nasi goreng pattaya bersama tomyam udang untuk mereka berdua walaupun dilarang oleh Laila. Katanya kasihan Laila pasti penat jadi tak perlulah masak malam ni. Dia mahu belanja Laila dan Anum dinner malam ni. Bila ditanya mengapa tidak dibelikan sekali untuk dirinya, kata Wazif dia mahu makan dirumah sahaja bersama uminya.
Wazif angguk kepala. "sama-sama. Just call me when ever you need help..anytime, hmmm, insyaallah i'll always be there for you."
Laila tunduk. Terharu dengan kata-kata Wazif. Malu kerana selama ini dia memusuhi lelaki ini tanpa memberi ruang untuk dirinya sendiri melihat peribadi lelaki ini dalam ertikata sebenarnya.
"awak..." Laila telan air liur. Perlahan-lahan diangkat wajah. Wazif yang tenang menanti disebelah ditatap. Saling memandang. Wazif yang tersenyum membuatkan debaran di dada Laila kian memuncak. Istighfar berulang kali dilafaz.
"beri saya masa untuk fikirkan jawapan pada pertanyaan awak tadi. Beri saya ruang untuk berfikir tentang jawapan yang harus saya berikan pada awak. Saya...saya harap awak faham. Saya..perlukan masa."
Wazif angguk.
"ambil seberapa banyak masa yang awak perlu. Saya akan tunggu sehingga awak bersedia. Saya akan tunggu sehingga hati awak benar-benar terbuka dan ikhlas untuk terima saya dalam hidup awak." Laila terkedu. Pandangan kedua-duanya saling bertaut.

+of+kucing.jpg)





13 comments:
wah wazif dah propose laila....
to the point tul la wazif ni hrp dorg leh bersama lepas ni.
cik kucc apa jawaban laila??? next n3 plz hehehe.....
wei..macam nak melompat lompat ..at last..minah tu dah buka sikit penutup hati dia untuk seorg jejaka yg bernama wazif..mudah mudahan jawapan nya tidak mengecewakan..dia seorg jejaka yg cukup packagenya..rugi..wei kalo tolak macam gitu sahaja..
Bagi peluang pada diri sendiri utk cari bahgia..kalo masih menunding jari menyalahkan mamat tu punca dia kehilangan anak nya ana sofiya..bermakna dia menyalahkan takdir allah ..tidak redha akan qadak dan qadar allah..dan lagi mamat tu pun kena tipu seperti dirinya juga..dipermainkan..
suka sangat!!!!!!!!!!!!!!!
best!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ah...bagusnya wazif da terus-terang...harap2 laila akn terima wpn jwpn yg diberi nanti bukan dlm kadar yg cepat..kalau cepat lg syok r kn...heee...tp xpe...sbr menanti
suke sgt2 n3 ni..klu kucc uplod n3 tiap2 ari msti best!!
oh!! wazif dah propose...
sukanya!!
sambung lagi ye kucc..
suka sangat citer ni...
wah wazif hasrat hati telah dinyatakan...harap2 tiada halangan yang bole menganggu gugat....and harap laila terbuka hati utk terima....sgt sweet mereka...malu2 tp mahu hehehe XD
i setuju sama u iman. ahaks... klu hari2x lg syok. ;D
but anyway im proud with wazif. mmg young man yg sgt brave. xtunggu lama2x tuk nyatakan perasaan hati. nk segerakan akad supaya tak timbul fitnah kemudian hari. harap Laila terima la. hehehe... ;D
Wah, caya lah wazif
siap propose dh..t'sengih je bc n3 ni
harap2 jwpn yg diberi pn m'gmbirakn la eh..:)
Pandai Wazif pilih masa ya nak propose Laila...
suka cara Wazif yang x memaksa tapi dalam maksud nya..
Laila buang saja apa yang pernah berlaku... buka salah Wazif.... Wazif pun jadi mangsa juga...
kalau Wazif bawa Laila jumpa Umi dia .. tentu Laila rasa serba salah sebab tangakapan Laila tentang Wazif selama ini....
berani betul....suke peribadi wazif......senyum sorang2 dah ni....hope laila terima ...mb melalui wazif ...dpt satukn kembalai laila ngan family dia.....thanks kucc...suke sgt novel yg mcm ni...islamic gitu....dlm kita berhibur ngan cite kucc ni dpt jg ilmu n pengajaran
kucc, tq
sukaaa nyerr...
esok ada n3 x? Adakan yee..heheh
Makin lama... makin comel la pulak karektor laila ni... huhuhuh... (^_^)
Post a Comment