"apa kak? abang Wazif yang belikan semua ni untuk kita?" Mata Anum yang sedia bulat macam buah orange sunkist itu bertambah bulat kala memancarkan keterujaannya bila dimaklumkan Laila tentang makan malam mereka berdua malam ini ditaja sepenuhnya oleh Wazif yang dipanggil "abang" oleh Anum. Amin Amin, moga-moga dimurahkan rezeki tuan peguam muda itu sebab bermurah hati menaja makan malam dua anak dara yang jauh dari penjaga ini. Laila rasa janggal pulak bila Anum sebut nama Wazif dengan penambahan "abang" dihadapan namanya. Bila ditanya apasal pulak tiba-tiba sahaja panggilan encik Wazif pada lelaki itu sudah dimesrakan bunyinya menjadi "abang" Wazif pula. Kata Anum, encik Wazif tu kan lebih tua dari Anum dan Laila jadi kenalah hormat bila menyebut namanya. Lagipun kata Anum lagi macam tak masyuk la panggil dia encik Wazif...formal sangat macam kat dalam pejabat je. Tambah Anum, Laila pun harus panggil Wazif dengan abang Wazif juga. Kira macam hormat jugalah kan sebab dia lebih tua daripada Laila.
Dia...abang??, issy...
"biar betul ni kak. Abang Wazif beli nasi ngan tomyam udang yang banyak ni ni untuk kita dua orang?"
Laila angguk. "iye cik kak. Abang Wazif awak tu yang belikan semua ni. Dah cepat tolong akak salin tomyam tu."
Anum sengih. Senyum segaris dilemparkan pada Laila yang sedang memindahkan nasi pattaya dari dalam bekas polisterin ke pinggan. Anum buka ikatan getah warna oren pada plastik tomyam. Tangannya tangkas menyalin tomyam dari plastik jernih tahan panas ke dalam mangkuk kaca berwarna jingga muda. Warna mangkuk itu ternyata memberi nilai tambah kepada tomyam berkenaan. Ia kelihatan begitu menyelerakan. Anum hidu bau tomyam. Mata terpejam. Menikmati bau tomyam yang sudah tidak sabar mahu dijamah. Dua mangkuk kecil dari warna yang sama bersama dua batang sudu kaca diletakkan disebelah mangkuk tomyam. Kalau nak makan tomyam nanti senduk sahaja ke dalam mangkuk kecil berkenaan.
"Anum buat air apa hari ni?" Kalau giliran memasak adalah Laila maka Anum lah yang akan bertugas menyediakan air. Begitu juga bila Anum yang bertugas menyediakan makan malam maka Ain yang kena buat air. Masing-masing ambil giliran. Semua saling bekerjasama. Itu peraturan rumah ini sejak dahulu.
"air favourite kak Laila la." Laila beri isyarat bagus sambil mengenyitkan mata. Anum bergerak ke arah peti sejuk. Dibuka pintu peti sejuk dua tingkat itu lalu sebuah jug berisi jus limau nipis dikeluarkan dari perut peti sejuk berkenaan. Diletakkan jug ditepi meja.
Laila hulur pinggang kaca kuning cair yang ada corak bunga jasmin di hujung kedua-dua pinggan berisi nasi pattaya kepada Anum. Untuk bahagian Laila dia sudah membahaginya kepada dua bahagian. Takut tidak mampu menghabiskannya. Satu bahagian nasi pattaya itu sahaja Laila rasa boleh dua orang yang menghabiskan. Untuk bahagian Anum memang tiada masalah kerana Laila tahu si gadis kecil ni memang jaguh makan, seperti kata Ain. Seloroh Ain bila mengusik Anum, Anum katanya kuat melantak tapi badan cekeding je. Confirm Anum ternak cacing dalam perut dia. Marah betul Anum diusik begitu.
"mana akak jumpa abang Wazif?" Anum capai pinggan yang dihulur Laila sambil mengucapkan terima kasih. Kerusi kayu dihadapannya ditarik perlahan. Dilabuhkan duduk. Laila hulur rak besi comel yang tempat mengggantung sudu dan garfu pada Anum. Ditarik kerusi kebelakang. Penuh cermat. Diletakkan punggung pada permukaan kerusi kayu.
"bukan jumpa. Dia yang jemput dan hantar akak balik tadi."
Anum yang baru hendak menuangkan jus limau nipis yang dibuatkan tadi kedalam gelas dihadapannya terhenti. Mulut ternganga sedikit.
"abang Wazif jemput dan hantar akak balik???" Wah, ni sudah ada cerita baharu. Abang Wazif jemput kak Laila balik. Mesti nak report kat kak Ain cerita sensasi ni nanti..hehehehe.
Laila senyum segaris. "ha'a. Kereta akak buat hal tadi kat pejabat. Akak call dia minta tolong datang jemput akak. Mekanik tak boleh datang awal. Kak Ain kamu pulak outstation. Dah lewat senja masa tu. Akak sorang je kak sana, takut jugak apa-apa. Masa tu akak cuma teringat kat dia je.."
Makin luas nganga Anum. Dahsyat abang Wazif ni. Dalam ramai-ramai kawan Laila, boleh dia je yang masuk dalam otak kak Laila masa tu. Kak Ain kena tau ni. Anum angguk kepala sambil tersenyum.
"si putih, akak tinggalkan kat mana?"
Laila angguk. Sudu dan garfu dicapai. "terpaksalah tinggalkan kat office. Esok pagi si Ah Kin janji akan datang tengok. Harap-harap tak de major problem."
"dan abang Wazif terus je datang bila kak Laila call mintak tolong tu?" Anum hulur gelas jus limau nipis pada Laila. Ada sehiris senyum yang meleret di pinggir bibirnya.
"hmmm." Laila sambut gelas sambil mengucapkan terima kasih. Kedua-dua tapak tangan diangkat ke paras dada. Mata memandang ke arah Anum. Isyarat. Anum yang sudah faham signal yang diberikan Laila terus sahaja angkat kedua-dua tapak tangan. Lafaz doa meniti dari ulas delima Laila.
Khali seketika. Masing-masing mula menjamah hidangan di depan mata.
"akak.."
'hmmm..."
"abang Wazif tu kan memang suka kat akak lah. Anum rasakan kalau akak call tengah-tengah malam buta hatta sebelum subuh sekalipun mintak tolong pun sure dia berlari datang, kan?"
Laila ketawa."pandailah awak ye. Suka benar tambahnilai cite eekk."
Anum tepuk dahi. Penuh aksi. "Laa, akak ni. Mana ada tambah menambah. Memang betul apa dia suka kat akak. Suka sesangat. Anum tengok cara dia cakap dan pandang kat akak pun Anum tau laa. Lelaki kalau dia suka kat sorang-sorang perempuan tu cara dia kita boleh baca la kak. Bestnye kalau dapat boyfriend handsome macam abang Wazif tu. Dah la baik...kaya pulak tu. Fuhh,berganda untung!" Anum sengaja kelip-kelipkan mata. Mahu mengusik Laila.
Laila jeling dengan ekor mata. "bukan main lagi ye awak. Cakap ngalahkan mak nenek. Sumbat dengan cili padi ni karang baru padan. Orang tu takder apa-apa, awak pulak yang lebih-lebih..buat malu jer." Laila sua cilipadi yang disudu dari dalam mangkuk tomyam pada Anum. Gadis itu pantas menangkup mulut dengan kedua-dua belah tapak tangan dan menggelengkan kepala. Ketawa bergema dibalik tapak tangan. Laila turut ketawa. Lucu dengan aksi Anum.
Anum tayang giginya yang tersusun. "akak ni...Anum cakap betul laa. Kalau dah suka tu, lautan api lagi ku renangi, nikan pula takat berlari 20km. Apa barang beb...kacang je tu!" Anum terus sengih dengan mulut yang separa penuh dengan nasi pattaya. Laila geleng kepala. Suapan diteruskan. Anum, Anum...
"akak..."
"hmmm..." Laila sudu tomyam yang sudah suam ke dalam mulut. Berhati-hati.
"abang Wazif ada cakap tak tadi dia suka kat akak? nak akak jadi special girlfriend dia. Mesti ada kan kak...hehehehe."
Hampir tersembur sup tomyam yang baru mencecah mulut. Kepala digeleng perlahan sambil mata memandang pada Anum dihadapan yang tersengih-sengih. Laila besarkan mata sambil mengacah mahu mengetuk Anum dengan sudu. Anum mengelak sambil ketawa mengekek. Perlahan-lahan disudu semula tomyam. Mata terpejam. Sedapnya!
Stacy berdendang dari N9 Laila yang diletakkan di meja kabinet. Anum angkat kening. Tersengih memandang Laila yang sedang menghabiskan suapan terakhir. Dikunyah perlahan nasi didalam mulut. Laila capai gelas berisi jus limau. Disua ke bibir. Diteguk penuh cermat. Dibiarkan Kisah Dongeng Stacy terus menyapa telinga.
"kak..."
"hmmm..."
"tu..Stacy panggil."
"dia kena tunggu akak kejap kalau nak jumpa."
Anum ketawa. Suara Stacy berhenti berbunyi dan belum pun beberapa saat ia berdendang semula. Laila toleh ke kabinet sebelum kembali memandang ke arah Anum. Gadis dihadapannya ini sedang tersenyum meleret. Entah apa-apa agaknya yang sedang berlegar didalam kepala Anum, Laila sendiri tidak pasti.
"sah abang Wazif yang call akak tu. Nak check la tu akak dah selamat makan dinner yang dia beli ni ke. Takpun nak tanya sedap tak nasi ngan tomyam yang dia beli ni. Nak suruh dia belikan lagi ke lain kali. Abang Wazif ni memang sungguh dah angau dengan akak la. Lelaki ini yang selalu memujaaaa mu..selaluuuu, tanpa raguuu...woooooooo" Lirik lagu Anuar Zain yang menjadi kesukaan Anum itu dilagukan dengan mulut yang masih bersisa nasi. Laila menggelengkan kepala biarpun didalam hatinya bagai tercuit dengan lirik yang disebut Anum.
"tak kuasa akak layan merapu Anum yang dah kronik ni." Laila menolak kerusi ke belakang lantas bangkit menuju ke meja kabinet. Suara Stacy yang terus melaung dari N9 dicapai. Nama yang tertera di skrin buat Laila menoleh sekilas pada Anum yang masih terus menyanyi. Dihayun langkah keluar dari ruang makan menuju ke ruang tamu. Terdengar jeritan Anum memanggil namanya. Laila tersenyum.
"assalamualaikum." Laila sudah tidak mahu tertangkap lagi tidak melafazkan salam dahulu oleh Wazif. Dia segan sangat.
"waalaikumsalam." Seperti biasa. Suara lembut Wazif menyapa telinga.
"dah makan?"
"baru je lepas. Terima kasih belikan dinner untuk saya."
"sedap tak?" Wazif senyum.
"alhamdulillah, sedap sangat,awak." Laila senyum.
"alhamdulillah. Terima kasih sudi terima pemberian saya. Kalau sedap sangat bolehlah kita dinner kat sana satu hari nanti, hmmm. Boleh? " Wazif yang berdiri di balkoni bilik menghela nafas perlahan. Ada debaran di dada bila berbual bersama "dia" dalam suasana hening begini. Wazif masih menanti jawapan Laila. Namun gadis itu terus mengunci mulut. Wazif tahu Laila mesti segan bila diajak secara terus begitu. Pasti wajah ayu itu saat ini tersipu dengan rona merah menghiasi kedua-dua pipi mulusnya. Disandarkan lengan kiri di atas palang kayu berjalur-jalur yang menunjangi balkoni. Mata menatap kaki langit yang dihiasi puluhan bintang yang berkerlipan. Bibir mengukir senyum. Bagai terlayar wajah itu di hamparan langit malam.
Laila gigit bibir. Nasib baiklah lelaki itu tiada dihadapannya saat ini. Jika tidak pasti dia akan tersenyum melihat wajah Laila yang sudah merah.
Khali sejenak. Wazif resah. Takut kalau kata-katanya tadi tidak disukai oleh Laila. Si dia itu sememangnya sukar diduga hatinya. Dia lain dari yang lain. Tidak mudah menebak apa yang ada didalam hatinya.
"awak..."
"saya..."
Suara lembut Laila yang perlahan menyapa cuping melegakan Wazif.
"maaf kalau kata-kata saya tadi buat awak tak selesa. Lupakan sahaja,hmmm." Laila geleng kepala. Tak..tak...bukan macam tu awak.
"errk...takper, takper. Saya ok. Awak dah dinner ke ni?"
"baru sudah dengan umi dan walid."
"untungnya awak...dapat makan dengan umi dan walid. Mesti lebih seronok makan kan. "Laila terbayang wajah umi dan walid di kampung. Hatinya dipagut rasa pilu. Dilabuhkan duduk di sofa.
"boleh je kalau awak nak makan sama-sama kami. Nanti saya beritahu umi,hmmm. Tentu umi saya suka. Umi saya memang suka kalau makan ramai-ramai."
Laila geleng kepala. Muka sudah merona. "eh..jangan jangan awak. Saya seganlah."
Wazif senyum. Bagai boleh terbayang wajah Laila yang putih bertukar kemerah-merahan kala dia disapa rasa malu.
"apa pulak nak segan. Kenalah kenal-kenal dengan umi dan walid saya kan,hmmm. Umi dan walid saya pun tentu nak kenal dengan awak. Nanti bolehlah awak tahu dari mana saya warisi wajah yang handsome gila ni."
"eei, perasan!!"
Pecah ketawa Wazif. Laila senyum.
"awak..."
"saya..."
"esok pagi saya jemput ye."
"jemput saya? nak kemana?"
"gi office."
Laila geleng kepala. Tidak mahu menyusahkan Wazif lagi. Cukuplah dia mengganggu waktu lelaki itu hari ini. Dia akan pergi ke pejabat menaiki teksi sahaja esok.
"eh, tak pe awak. Jangan susah susah. Awak sudi tolong saya tadi pun saya dah bersyukur sangat-sangat."
Wazif melangkah masuk meninggalkan balkoni. Dilabuhkan duduk di birai katil.
"takde susahnya. Lagipun saya dengan awak kan sehala. Pejabat saya tak jauh dari pusat pameran Karyaaneka Kraf. Boleh saya hantar awak dahulu kemudian terus ke pejabat saya. Ok?"
"saya...saya...errk...awak...saya..." Laila serba salah. Dia segan jika terus menyusahkan Wazif dengan masalahnya. Cukup-cukuplah pertolongan lelaki itu padanya tadi. Esok dia akan usaha sendiri.
"Awak takut naik kereta berdua dengan saya ye?" Wazif cuba mengusik.
Laila menggeleng. "takdelah. Awak, takper. Esok saya naik teksi sahaja ke pejabat. Terima kasih banyak-banyak,hmmm. Saya boleh pergi sendiri, jangan risau kan saya. Saya dah biasa. I'm ok."
Wazif hela nafas.
"awak, dengar sini. Saya ikhlas. Sungguh. Takde niat lain. Trust me,hmmm. Saya cuma ambil berat diri awak. Awak sendiri pun tau sebabnya kan." Wazif tekan ayat akhir itu. Dia harap Laila faham. " Tapi saya takkan sesekali pengaruhi awak untuk buat keputusan tentang permintaan saya tadi. Percayalah. Saya akan terima apa juga keputusan awak dengan redha. Saya akan hormat keputusan awak."
Dipejamkan mata seketika. Dihirup nafas. Dalam dalam. Awak sendiri pun tahu sebabnya kan. Ayat itu terus terngiang-ngiang di cuping. Ditelan air liur. Laila toleh jam di dinding batu dibelakangnya. Lamanya aku borak dengan dia. Issy..
"saya tunggu awak tujuh setengah pagi esok. Jangan lambat. Kalau lewat saya pergi naik teksi."
Wazif mengukir senyum. Lebar. Tangan kanan digenggam padu sambil menunjuk langit siling. Tubuh terus rebah ke tilam. Ucapan selamat malam dan salam dari talian sana di balas.
Yessssssssssssss!!!

+of+kucing.jpg)





8 comments:
yesssss ade perkembangan baru hubungan laila & wazif ~sgt suke XD
Yessss...
terbaik lah Wazif ni... memang sesuai jadi peguam.... pandai menggunakan ayat untuk Laila susah untuk katakan tidak...
Anum pandai baca fikiran orang ya... panadi adik abang wazif ni.... boleh jadi orang tengah.... hehehehe..
Wazif kan nak jadi penjaga Laila.... jangan lupa tu Laila ....terbaikkkk
Anum salah tekalah pulak
Tak main la nak jadi GF
Wazif lebih advanced, terus nak jadikan is3
wahhh..seronok baca...
sambung lah lagi...
x sabar nk tau kesudahannya..
huih...gud la wazif...pantas...hrp2 laila terima gk wazif akhrnye...sblm tu bolehla tngok kesungguhan wazif..heheh....emmm...mak ayah laila msh blm maafkan laila ke ek...sy nk tw sgt npe mk ayah laila boleh buang laila...hopefully mmg ade dlm jln cter kucc...heee
alahai..akak pulak yg ditimpa perasan..wei..alhamdulillah..satu permulaan yg baik untuk laila..dia da buka sikit penutup hati dia.. akak berharap sangat sangat agar mamanya menjemput Laila makan malam dirumahnya..nak tenguk reaksi Laila bila bertemu muka ngan wazif dirumahnya..Plz..dan mengharap mamanya wazif merestui perhubungan mereka yg semakin mekar ini..
alahai..kucc ..plz..
sweetnya Wazif dgn Laila, nak lagiiii.....
barulah wazif besemgt..heheheh..ap cter family laila lps laila kluar dr rumah..
Post a Comment