Laila mengeluh perlahan. Myvi putih yang kaku dihadapan ditatap sayu.
"berapa hari you boleh siap Ah Kin?" Mata Laila memandang ke arah lelaki cina lewat dua puluhan di hadapan. Laila sudah lama mengenali Ah Kin, tuan punya bengkel di Puchong. Dan selama berurusan dengan lelaki ini Laila cukup berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Ah Kin juga para pekerja lain di bengkel itu. Laila pandang sekilas pada seorang lelaki muda yang turut bersama Ah Kin. Saling berbalas senyum.
"mau buat you punya kereta ini betul-betul mau angkat dua tiga hari jugak. Saya tak cukup orang. Dua mekanik sudah cuti. Ada sorang lagi sakit maa. Tinggal saya sama itu Adnan sahaja. Ini Azam..." Telunjuk Ah Kin lurus menghala pada lelaki muda disebe budak baru. Masih training lagi. Kereta banyak woo mau buat. Saya memang sorry la Laila. Tak boleh bagi siap you punya kereta hari ini. Apa macam sekarang? mahu hantar saya punya workshop atau you mau panggil lain orang. Saya tak dak hal punya. Saya mesti faham. You pun mahu guna ini kereta cepat."
Laila kemam bibir. Kedua-dua tangan memeluk tubuh. Dihela nafas perlahan. Dia tidak mahu menghantar si putih kesayangannya ini ke bengkel lain. Selama ini Laila sudah biasa dengan bengkel Ah Kin. Dia percaya pada kerja dan kejujuran Ah Kin.
"takpa la Ah Kin, you bawak saya punya kereta pergi you punya workshop. Saya mahu you punya workshop yang buat saya punya kereta. Saya tak mau hantar lain workshop." Lelaki cina yang dipanggil Ah Kin itu menganggukkan kepala seraya memberitahu budak lelaki yang bernama Azam itu untuk balik ke bengkel menaiki motosikal manakala Ah Kin akan memandu kereta Laila.
Laila lambai tangan pada Ah Kin yang membunyikan hon tanda isyarat sambil mengangkat tangan ke atas. Mata mengekori Myvi putihnya yang dibawa keluar dari kawasan parkir. Laila atur langkah menaiki tangga untuk ke pintu masuk pusat pameran Karyaaneka Kraf.
"macammana kereta cik Laila?" Zarida yang berdiri di tepi meja penyambut tetamu menegur Laila yang baru melangkah masuk. Laila geleng kepala.
"kena masuk bengkel dua tiga hari Zarith. Si Ah Kin tu tak cukup orang nak buat cepat."
"laa kalau kereta tu masuk workshop, nanti cik Laila nak balik petang ni macammana?"
Laila senyum. "saya naik teksi la jawabnya, Zarith."
"lor, kesian cik Laila. Nak tumpang kereta kakak saya ke nanti. Saya boleh mintak tolong kakak hantarkan cik Laila dulu.?"
Laila menggeleng. Senyum manis melekat di bibir. "takper, takper Zarith. Terima kasih. Jangan susah-susahkan kakak awak pulak. Saya boleh balik sendiri. Jangan risaukan saya. Tahulah saya nanti,hmmm."
"bukan apa, risau juga sebab boss saya ni cantik sangat orangnya. Nanti jalan sorang-sorang keluar sana, bahaya tau cik Laila. Segala jenis buaya ada kat darat sekarang ni. Buaya sekarang handsome-handsome cik Laila." Laila ketawa kecil.
"issy, awak ni Zarith. Patutnya fikirlah yang baik-baik. Doa yang molek-molek untuk saya, kan. Ni ada mintak saya jumpa makhluk-makhluk ganas pulak. Awak tu yang kena jaga-jaga. Awak tu pantang nampak mamat dahi licin. Karang terpikat pulak kat buaya handsome...haa baru betul." Zarida tersengih. Laila geleng kepala.
Kalau tak siap call saya,hmmm. Jangan balik naik teksi...
Kata-kata Wazif terngiang-ngiang di telinga. Laila kemam bibir. Dia masih ingat sebelum turun dari Harrier tadi Wazif mengingatkannya sekali lagi agar menghubungi dirinya jika kereta Laila tidak boleh disiapkan hari ini. Dia akan menjemput Laila petang nanti. Dia tidak mahu Laila pulang menaiki teksi dan untuk itu harus berjalan agak jauh ke jalan besar di luar sana untuk mendapatkan teksi. Wazif tidak mahu apa-apa berlaku pada Laila. Katanya dia begitu ambil berat tentang diri Laila. Wazif kata dia bukan main-main. Dia memang sungguh-sungguh. Dia harap Laila faham maksud tersebut. Dilepaskan nafas perlahan-lahan. Langkah perlahan diatur melepasi kaunter penyambut tetamu lalu terus ke dalam biliknya. Dicapai tombol pintu lalu terus diloloskan tubuh kecilnya ke dalam ruang bilik pejabat. Dilabuhkan duduk di kerusi empuk berleher tinggi. Dirapatkan kedua-dua tapak tangan. Jari-jemari saling bersilang antara celahan jari. Dipejamkan mata seketika. N9 ditepi meja direnung.
* * * * * * *
Tupperware empat segi merah jambu dihadapan ditatap sejak tadi. Bibir tanpa sedar mengukir senyum. Wajah segan Laila sewaktu menghulurkan bekas plastik comel ini masih basah di ingatan. Wajah ayu bertudung ungu muda itu memang jelas merona kala diusik Wazif yang mahu sarapan buatan air tangan Laila setiap hari jika gadis itu benar-benar mahu membalas budi baiknya selama dua hari ini seperti yang dipinta Laila. Lalu kata Wazif lagi dia nanti akan setiap hari singgah di rumah Laila untuk mengambil sarapan yang disediakan untuknya sebelum ke pejabat. Laila jelas tidak keruan. Jelas percikan merah di kedua-dua pipi putihnya yang mulus. Senyuman dibibir Wazif tambah lebar bila terkenangkan peristiwa tadi. Deheman kecil yang tertangkap dicuping membuatkan wajah yang tadi sedikit tunduk spontan tegak dengan mata tepat memandang ke arah pintu. Tangan kanan dilambaikan meminta insan yang tersenyum lebar berdiri di pintu untuk masuk ke dalam.
Johan tarik kerusi. Dilabuhkan duduknya dihadapan Wazif. Mata kedua-dua saling bertentang. Saling tersenyum.
"kau ni kan...aku rasa dah parah betul."
"parah apa pulak kau ni. Aku ok je. Sihat walafiat."
Johan geleng kepala perlahan. "ok kau kata. Hello kawan..." Johan ketuk jari dipermukaan meja. Wazif tekun memandang. Masih tersuring senyum. "
"aku punya lama terpacak kat depan pintu kau ni sikit pun kau tak notice. Punya tersenyum-tersenyum sorang diri tengok tupperware merah tu sampai tak nampak yang lain. Aku memang boleh agak tupperware tu mesti ada kaitan dengan "dia" kan?"
Wazif tersipu. Johan menggelengkan kepala lagi.
"apa benda dalam tupperware tu yang kau asyik sangat merenung dari tadi tak berkelip-kelip, bro?"
Wazif capai bekas plastik yang diberikan Laila pagi tadi kepadanya. Dibuka perlahan dan penuh berhati-hati penutupnya yang rapat. Enam keping roti wholemeal yang dipotong segitiga dengan inti tuna yang dihancurkan bersama telur rebus separuh masak cantik tersusun didalam bekas empat segi berkenaan. Hirisan daun salad yang segar bersama kepingan timun dan tomato yang kelihatan dari hahagian tepi roti begitu membangkitkan selera. Johan telan air liur. Bau tuna dan telur rebus yang begitu menambat.
"wow...presentation sandwich ni memang kelas. Aku tengok je dah terbuka selera. Eh, ni umi kau buat ke? "
"apalah kau,Joe. Mana pulak umi aku. Umi aku mana pernah buat sandwich pagi-pagi. Umi aku kan melayu tulin."
"dah tu?"
"dia.."
"Laila? Dia yang buat sandwich ini untuk kau??"
Wazif angguk sambil tersenyum.
Mata Johan bulat seraya bibir turut membentuk huruf O yang begitu besar. Wazif tersenyum seraya menghulurkan bekas empat segi ditangan ke arah Johan. Isyarat memintanya mengambil sandwich yang terdapat didalam bekas berkenaan. Johan angguk, tersenyum sambil mengucapkan terima kasih. Dicapai sekeping seraya bangun dari duduk kala Samsung Note Wazif berbunyi dari dalam laci. Melihat senyuman di bibir Wazif yang menguntum bak kembang mawar Johan sedia maklum siapa yang memanggil. Sempat ditepuk bahu teman dihadapannya ini seraya mengenyit mata. Saling ketawa kecil kedua-duanya.
Butang penerima ditekan.
Terdengar suara lembut di talian sana mengucapkan salam. Dibalas lembut.
"awak..."
"hmmm..."
"kereta saya tak sempat siap hari ni." Wazif senyum. Sandwich yang mahu disuap tidak jadi dijamah. Diletakkan semula didalam bekas.
"saya datang petang nanti jemput macam biasa,hmmm."
Laila gigit bibir.
"awak, takper lah ye. Hari ni biar saya balik naik teksi je. Tak payahlah saya menyusahkan awak lagi. Seganlah. dan selalu sangat pulak saya susahkan awak. Nanti keje awak tergendala, kan tak elok."
Wazif geleng kepala. Disandarkan kepala pada leher kerusi.
"awak...kan saya dah cakap."
Laila hela nafas. Perlahan.
"saya tahu..tapi memang tak eloklah kalau saya ganggu awak selalu macam ni. Lagipun kita bukan ada apa-apa."
Wazif tegakkan badan.
"saya sangat sayang awak, Laila. Saya ambil berat sangat pasal awak. Harap awak faham maksud saya ni. Ini dah cukup buat awak mengerti isi hati saya. Betul, kita memang tiada apa-apa sekarang sebab saya masih tunggu keputusan awak. Atau awak dah sedia untuk beri keputusan awak tentang kita,hmmm. Saya memang dah lama sedia...sejak dahulu lagi."
Laila terkedu.

+of+kucing.jpg)





7 comments:
woohooo wazif ni x henti2 propose laila....
cam mne la penerimaan laila ye...
next n plz heheheh...
dah terkedu laila.....cmne le keputusan laila ye.....sabar betul wazif.....sambung lg pls.....
tak sabar nak tahu keputusan laila...harap2 positif, biar wazif isi kekosongan dalam hati laila....huhuhu XD
emm.....dah jatuh hati ngan wazif nie....Laila....nak tolak pun sayang..nak terima rasa bersalah pada diri...emmm...
oh laila...masih xnk bg jwpn ke?kalau laila tolak i nk wazif tu...haha
bila la si Laila ni nak bg jwpn kat Wazif ni...dah terang2 Wazif luah isi ati dia.....:)
Hahaha.... Laila malu-malu ... Wazif mahu-mahu.... hahaha.... terima saja lah Laila ... bercinta lepas kahwin best tau.... hahahaha
Cerita kucc ni buat orang semangat nak tahu dan terus tahu apa seterusnya
Post a Comment