Enjin Harrier dimatikan. Diparkir tidak jauh dari pintu masuk utama ke pusat pameran Karyaaneka Kraf. Kelihatan kakitangan pusat pameran berkenaan sedang bersaing-saing keluar dari premis berkenaan. Dengan pakaian seragam kebaya jingga muda gadis-gadis muda itu rancak berbual sambil berjalan menuruni tangga utama di hadapan pusat berkenaan. Wazif lihat beberapa motosikal yang sedang menanti di tepi bahu jalan. Tentunya menunggu gadis-gadis ini. Mungkin mereka ini teman lelaki, tunang, suami atau ahli keluarga kepada gadis-gadis berkenaan. Gelak tawa gadis-gadis ini jelas terpancar menerusi sinar ceria di wajah masing-masing. Mata dipusatkan ke arah pintu utama premis berkenaan. Tiada kelihatan susuk tubuh si "dia" yang ditunggu. Wazif toleh rolex di pergelangan tangan kiri. Bibir menguntum senyum. Awalnya! Wazif pasti Laila tentu masih di dalam pejabat lagi. Gadis itu tentu akan menjadi orang yang terakhir keluar dari pusat pameran berkenaan. Wazif tolak pintu Harrier seraya meloloskan tubuhnya keluar dari kereta. Dia mahu menunggu Laila di hadapan pintu utama premis berkenaan. Mahu memberi kejutan pada gadis itu. Ditekan punat ditangan sebelum melangkah ke hadapan. Anak tangga menuju ke pintu masuk utama pusat pameran Karyaaneka di tuju. Seorang dua jurujual yang sedang menuruni tangga menganggukkan kepala sambil menghulur senyum. Wazif membalas sopan. Tentunya gadis-gadis jurujual ini sudah dilatih agar sentiasa menghormati para pengunjung yang singgah di pusat pameran ini. Langkah Wazif menghampiri pintu utama.
"nanti kak Wan faxkan order tu pada office Wan Manang esok, cik Laila. Dalam tiga hari sampailah songket tu rasanya. Kak Wan pun dah mintak Zarith call Ah Meng tadi untuk buat ukuran casing nanti." Laila angguk. Songket warna putih gading yang dibuka tadi diatas meja kaca di kaunter Tenunan dilipat semula. Kemas dan teliti dilipat. Laila hulur songket yang sudah dilipat pada kak wan dihadapan untuk dimasukkan dalam almari kaca bertingkat di belakang kak Wan.
"nanti stok tu sampai kak Wan pastikan spesifikasi dia ikut yang Global Worldwide Ltd mintak ye. Diaorang memang particular betul pasal ni."
Kak Wan angguk kepala."kak Wan faham, cik Laila jangan risau." Laila senyum seraya menoleh Guess di pergelangan tangan kiri.
"oklah kak Wan, jom kita balik. Dah nak pukul enam setengah ni. Saya masuk office ambil handbag jap ye." Kak Wan yang sedang mengunci pintu almari kaca di kaunter Tenunan menganggukkan kepala. "yelah, kak Wan pun nak ambil beg kat locker gak."
Laila yang mahu melangkah ke pejabat terhenti. Dipusingkan semula tubuh. Kak Wan yang masih berada di kaunter Tenunan dipandang.
"kak wan, sebelum saya lupa. Lukisan kaca untuk hadiah korporat Kementerian Pengajian Tinggi tu dah sampai ke?"
"esok cik Laila. Encik Hassan dari Glass Gallery Craft tu akan hantar ke Karyaaneka Kraf tengahari esok. Nanti lusa pagi Zarith dengan Lynn akan pergi hantar ke Kementerian." Laila angguk kepala sambil menunjukkan isyarat bagus. Laila tahu kak wan memang seorang penyelia yang sangat cekap dan sentiasa menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan baik. Wajah ceria balu kematian suami ini semakin terserlah sejak kes tuntutannya di mahkamah berhubungan wang caruman KWSP milik arwah suaminya sudah selesai. Alhamdulillah rezeki anak-anak kata kak wan bila kemenangan nyata berpihak padanya.
Kak wan yang sedang menutup suis lampu di kaunter pembayaran sedikit terkejut kala terlihat susuk tubuh Wazif yang sedang memasuki premis sambil melipat lengan kemeja biru rona biru langit.
"laa encik Wazif rupanya. Terkejut kak Wan. Ingat jejaka handsome mana la tadi tetiba tercegat depan kak Wan." Kak Wan dan Wazif saling bertukar ketawa.
"kak Wan apa khabar? anak-anak sihat?"
Kak Wan angguk kepala seraya tersenyum. "alhamdulillah, sihat-sihat semua budak-budak tu encik Wazif."
Peguam muda dihadapannya ini ditatap. Kak Wan sangat berterima kasih atas bantuan Wazif yang sudi menolongnya didalam tuntutan wang KWSP arwah suaminya daripada bapa mertuanya. Sebagai anak guam Wazif, kak Wan cukup merasa terharu dengan budi baik peguam muda kenalan cik Laila ini yang sedikit pun tidak mengambil sebarang kos guaman ketika mengendalikan kesnya di mahkamah dahulu. Katanya dia ikhlas membantu kak Wan dan anak-anak mendapat hak masing-masing.
"eh, encik Wazif datang ni nak tengok hadiah korporat ke, bolehlah kalau nak, kak wan boleh tolong. Budak-budak jurujual dah balik ni encik Wazif. Waktu operasi pusat pameran ni dah tamat setengah jam tadi."
Wazif senyum seraya menggelengkan kepala. Dia sedia maklum tentang waktu operasi pusat pameran ini kerana ada ditintakan dengan jelas di pintu masuk utama premis ini.
"takde la kak Wan. Saya tunggu Laila. Saya yang terawal sebenarnya ini. Malas duduk dalam kereta lama-lama, tu yang masuk ke dalam ni."
Kak Wan angkat kening. Tersenyum penuh makna.
"hmmm...encik Wazif ada date ke dengan boss kak Wan yang cantik tu ke?" Kak wan cuba mengusik.
Wazif senyum. Terserlah barisan gigi yang tersusun putih.
"takde lah kak Wan. Saya datang jemput dia. Tolong hantar dia balik. Kereta dia masuk bengkel. Dia nak balik naik teksi sahaja, saya tak benarkan. Risau saya nak lepaskan dia keluar jalan sorang-sorang ke jalan besar kat luar sana naik teksi. Sekarang ni macam-macam hal kak Wan. Naik teksi pun kadang tak selamat. Lagilah Laila tu sorang-sorang. Kalau ada kawan taklah bimbang sangat saya."
Kak Wan angguk kepala. Mengakui kebenaran kata-kata Wazif. Tadinya kak Wan risau juga bila ketuanya itu menolak ajakan kak Wan untuk menumpang teksi adiknya yang akan menjemput kak Wan pulang. Tidak pula dinyatakan dia akan pulang dengan siapa. Rupa-rupa dah ada orang yang sudi nak hantarkan ye,hmmm. Bijak ketuanya itu menyembunyikan janji antara dia dan peguam muda kacak ini. Bibir kak Wan menyuring senyum.
"jangan tunggu lama-lama encik Wazif. Kalau dah betul berkenan cepat-cepat hantar tanda...nanti lambat-lambat orang kebas pulak. Cik Laila tu cantik orangnya. Dah cantik, baik pulak. Budi bahasa cantik, pekerti cantik. Serba-serbi lengkap lah. Calon isteri terbaik tu. Sayang terlepas..rugi... rugi besar encik Wazif nanti!" Kak Wan angkat kening sambil tersenyum manis.
Makin lebar senyum Wazif. Pipi sedikit membahang. Segan diusik oleh kak Wan. Ekor mata dapat melihat langkah Laila yang sedang menuju ke arahnya. Wajah itu jelas terkejut. Mungkin tidak menyangka Wazif akan muncul di dalam premis. Wazif tersenyum. Kak Wan dihadapan yang memandang gerak wajah Wazif yang jelas sedang tersenyum pada seseorang di belakang perlahan-lahan memusingkan tubuh. Makin lebar senyum kak Wan. Susuk tubuh ketuanya yang sedang berjalan menuju ke kaunter bayaran ditatap.
"patut lah senyum lebar encik Wazif. Dah nampak orang yang ditunggu. Ingatkan mati-mati senyum kat kak wan rupanya orang lain." Pecah ketawa Wazif.
Laila kerut dahi sedikit melihat kak Wan dan Wazif yang saling ketawa. Ada perkara lucu barangkali yang menyebabkan kedua-dua seronok ketawa. Sudahlah tadinya langkah seakan terkaku saat melihat susuk tubuh sasa itu rancak berbual sambil tersenyum bersama kak Wan di kaunter pembayaran. Mahu sahaja rasanya Laila menyorok dari keluar ke hadapan. Laila tidak menduga Wazif akan masuk ke dalam premis untuk menunggunya. Pasti kak Wan sudah tahu akan maksud kedatangan Wazif. Aduh, pasti kak Wan akan mengusik dia nanti. Laila sungguh tidak tahu apa nanti yang harus dijawab.
Laila sudah berdiri dihadapan kaunter pembayaran. Wajah kak Wan dan Wazif dipandang. Silih berganti. Senyum manis dihulur untuk menyembunyikan debaran kencang yang sedang memacu didalam dada.
"seronoknya ketawa kak Wan. Ada perkara lucu ke ni." Wazif masih menyulam senyum. Mata kedua-dua saling bertatapan seketika sebelum Laila pantas melarikan bebola bundarnya ke arah kak Wan. Tidak sanggup ditatap sedemikian oleh Wazif.
Kak Wan senyum. Dia melihat apa yang sedang terhidang di depan mata. Jelas. Biar kedua-dua saling cuba menyembunyikannya.
"takde apa cik Laila. Encik Wazif ni. Dia dah blushing mengalahkan perempuan bila kak Wan cakap sesuatu kat dia."
"kak Wan cakap apa?"
Laila kerut dahi sambil memandang ke arah kak Wan sebelum sekilas menoleh pada Wazif seraya menangkat kening. Isyarat bertanya. Namun Wazif hanya tersenyum dan terus memandang Laila tanpa lepas. Laila turut sama terus memandang Wazif. Saling merenung. Kak Wan yang melihat reaksi kedua-duanya terus berdehem. Laila yang terkejut terus sahaja melarikan pandangan ke arah pintu kak Wan. Berbeza Wazif. Dia hanya tenang sahaja. Senyuman manis kekal di bibir.
"Kak Wan cakap..."Kak Wan pandang wajah ketuanya dan Wazif silih berganti. "kat encik Wazif ni...suruh dia masuk pinang cik Laila cepat-cepat. Rugi kalau terlepas. Bukan senang nak jumpa anak dara macam cik Laila ni. Pakej lengkap."
Pipi terasa panas. Ditundukkan wajah sedikit. Wazif memandang sekilas pada Laila yang jelas terkejut dan rona merah yang terpancar di kedua-dua lembah pipi mulusnya Wazif faham maknanya. Deheman Wazif sengaja dilakukan demi menyelamatkan keadaan. Laila yang menundukkan kepala perlahan-lahan mengangkat wajah. Senyuman kak Wan yang manis membuatkan Laila mengemamkan bibir seketika sebelum perlahan-lahan mengukir senyum. Cuba dikawal riak wajah yang jelas masih berbahang rasa segan yang menggunung.
"eerkk..kak Wan jom lah kita balik. Saya tutup suis lampu depan kejap ye." Laila mahu melangkah ke tepi kaunter penyambut tetamu. Tindakan yang lebih kepada mahu melarikan diri seketika dari renungan dan tatapan kedua-dua insan dihadapannya saat ini. Laila sungguh tidak mahu bereaksi bagaimana. Dia perlu redakan debaran didalam dadanya saat ini seketika.
Kak Wan menggeleng pantas. Tangan Laila dicapai.
"takpe lah cik Laila. Nanti kak Wan tutupkan. Cik Laila baliklah dulu,hmmm." Mata kak Wan singgah pada Wazif. Senyuman dan anggukkan kepala dihulurkan serentak. Wazif kalih memandang sepasang mata bundar dihadapan. Dianggukkan kepala. Laila membalas.
"kami gerak dahulu ye kak Wan. Assalamualaikum." Salam Laila dibalas perlahan. Wazif angguk kepala pada Kak Wan sebelum mendahului langkah menuju ke pintu utama sambil diekori Laila dari belakang.
"encik Wazif..."panggilan dari kak Wan membuatkan Laila dan Wazif menoleh kebelakang serentak sebelum saling memandang.
"saya kak Wan. Ada apa-apa ke?"
Kak Wan geleng kepala sambil tersenyum.
"memandu tu hati-hati ye. Jaga anak dara orang tu baik-baik encik Wazif." tersuring senyum dibibir Wazif dengan usikan kak Wan. Laila kemam bibir.
Laila duduk tenang disebelah. Dilentukkan kepala ke kiri sedikit. Songbird Kenny G betul-betul membuai perasaan disepanjang perjalanan. Dia rasa tenang. Dia rasa damai.
"awak..." Wazif toleh sekilas pada Laila disebelah sebelum kembali memandang ke hadapan.
Laila tersentak saat mendengar namanya diseru. Ditoleh memandang Wazif.
"ya. Ada apa awak."
Wazif senyum. Mata masih dihadapan. stereng dipandu cermat membelok ke jalan Bangsar.
"nak beli dinner tak?"
Laila senyum sambil menggelengkan kepala. Pandangan kedua-duanya bertaut.
"Anum masak malam ni. Dia dah cakap nak masak nasi ayam malam ni. Lagipun Ain balik malam ni."
Wazif angguk kepala. "sedap tu. Taknak jemput saya dinner sama dengan awak ke?"
"issy awak ni. Mana boleh." Laila membulatkan mata. Wazif yang menoleh ketawa kecil.
"kenapa pulak tak boleh. Kita bukan berdua je. Anum dan Ain pun ada."
Laila menggeleng.
"tak boleh. Rumah saya ada peraturan. Tak boleh bawak lelaki bukan muhram ke dalam rumah."
"hmmmm....macam tu ye." Wazif angguk kepala. Dihentikan kereta yang sudah menghampiri perkarangan luar rumah teres tingkat milik Laila. Dimatikan enjin. Ditoleh memandang Laila disebelah. Gadis itu kebetulan sedang menanggalkan tali keledar spontan memandang ke arah Wazif. Senyuman Wazif dibalas. Diangkat LV yang terletak di riba lalu diletakkan ke bahu.
"terima kasih sudi jemput dan hantar saya. Maaf terpaksa menyusahkan awak lagi hari ni."
Wazif geleng kepala. Tersenyum.
"untuk awak Laila...apa-apa sahaja, bila-bila masa. Tolong jangan sebut lagi perkataan menyusahkan tu, hmmm. Awak tahu kan kedudukan awak di hati saya. Saya sedikit pun tak rasa susah. Kalau boleh hari-hari saya nak hantar dan jemput awak. Saya rasa tenang setiap kali berada bersama awak." Laila gigit bibir. Ditundukkan wajah seketika sebelum kembali memandang ke luar tingkap. Dicapai pemegang pintu.Laila hela nafas perlahan. Ditoleh memandang ke arah Wazif. Senyuman lelaki itu membuatkan debaran di dada Laila kian kencang. Dilafaz istighfar didalam hati.
"saya turun dahulu. Terima kasih awak. Assalamualaikum. Hati-hati memandu balik,hmm." Wazif angguk seraya menjawab salam perlahan.
"Laila..." Laila yang sudah menolak pintu terhenti. Ditoleh kembali ke arah Wazif.
"terima kasih." Laila kerut dahi.
"terima kasih? untuk apa?"
Wazif senyum.
"sebab buat hidup saya bahagia sejak berjumpa awak. Saya harap rasa bahagia ini akan berkekalan...sampai bila-bila."
Laila bagai hilang kata-kata. Pandangan kedua-dua mereka bertaut.

+of+kucing.jpg)





7 comments:
best2......asyik terkelu je laila....wazif2...semua sokong kn.....bila laila nak bg jawapan ye?thanks kucc.....nak lagi .....
cutenye dorg ni.... bila nk makan nasi minyak ni.......
ermmm terloncat2 jantung bila baca entri kali ni hehehehe, wazif sgt charming dgn tingkah nyer....
so sweet je dorg ni tak de org ketiga ke???? ble ade konflik lain ni kucc hehehe......
wah..romatik giler..mamat tu..bila la Laila nak cakap I do ni.. wei..stok macam wazif ni..tak akan dapat lagi ni..
sweet..
cepat sambung...
nak lagi...
Asyik Laila ja terkelu..
apakat buat Wazif bula terkelu... boleh ke???...
bestt..
Post a Comment