Blogger Backgrounds

Tuesday, December 20, 2011

Kerana Aya Sofya - Bab 22


Bab 22

Senyuman Ain yang meleret tidak sukar ditelah maknanya. Laila memang arif dengan sikap teman akrabnya ini. Ditanggalkan brooch yang tersemat di kiri dan kanan bahu sebelum dilonggarkan ikatan tudung yang menutupi kepala. Susuk tubuh yang bersandar di tepi pintu biliknya yang sedikit ternganga dengan kedua-dua belah tangan dicekak ke pinggang itu dipandang sekilas sebelum kembali mata dibawa memandang pada cermin hias dihadapan.


"masuk je lah cik Irfa Ain, tak payah nak tersengih-sengih depan pintu bilik aku ni..." Tudung yang sudah ditanggalkan dimasukkan ke dalam bakul ditepi pintu bilik air. Ikatan rambut dikemaskan lalu dibuat sanggul. Dibuka pintu kabinet baju. Dicapai sehelai kaftan biru langit. Minda Laila spontan teringatkan baju kemeja yang dipakai Wazif hari ini. Bibir tanpa sedar mengukir senyum.


Ain mencebik. Kaki perlahan dibawa melangkah masuk. Dilontarkan tubuhnya ke hamparan katil di bilik Laila yang sedia terbentang. Dibaringkan tubuhnya. Digulingkan tubuhnya ke kiri dan kanan sebelum tangan mencapai inche brown teddy milik Laila yang hampir sebesar kanak-kanak lima tahun itu. Diusap-usap anak patung beruang bermata besar itu sebelum mendakapnya dengan erat. Seutas rantai comel yang tergantung di leher patung beruang dengan binaan huruf-huruf yang ditinta halus namun masih mampu dibaca dengan jelas...your Love is like a teddy bear, makes me feel warm and comfort. Ain tahu anak patung gadang yang gebu ini kesayangan Sofi dahulu. Ditegakkan kepala sambil tangan kanan ditongkatkan di telinga. Mata menjurus pandang pada Laila yang sedang mengeluarkan kaftan dari kabinet baju. Dari sisi mata dapat dilihat dengan jelas senyuman yang sedang terukir dibibir teman rapatnya itu. Ain tahu, pasti ada sesuatu perkara yang sedang mengusik hati temannya itu. Jika tidak masakan Laila tersenyum sendirian.


"amboii senyum orang-sorang nampak. Ingat kat tuan punya Harrier yang hantar kau tadi ke?" Laila yang tersentak menoleh ke arah Ain yang mengangkat kening. Dibalas dengan senyuman seraya menggelengkan kepala. Kembali dihala pandangan pada kabinet pakaian yang terbuka sebelum ditutup pintunya.


"Hmmm, tiga hari aku takde, banyaknya update tentang cite kau. Diam -diam je cik Fahratul Laila kita ni ye."


Laila angkat kening seraya memandang kembali pada Ain. Anum la ni! Dirapati langkah ke arah birai katil seraya dilabuhkan duduk. Raut wajah Ain yang masih tersenyum penuh makna ditatap. Laila tersenyum sambil menggelengkan kepala.


"apa cite yang si Anum war-warkan kat kau, hmmm. Percayalah sangat auta si Anum tuh. Takde update yang menarik pun sepanjang tiga hari kau takde ni. Life is still normal laa dear miss Irfa Ain. Pagi pergi kerja, petang balik kerja."


Ain mencebik. Main aci-aci balik pintu pulak ye , cik Laila. Pinggang Laila pantas dicucuk oleh jari telunjuk Ain. Terjerit Laila dengan tindakan Ain. Tercetus ketawa kecilnya.


"life is still normal laa dear miss Irfa Ain.." Ain mengulang kata-kata Laila dengan nada mengejek. "kunun...menyampah aku." Laila ketawa lepas. Terbaring disebelah Ain. Beruang coklat ditangan Ain ditarik Laila lalu dihempap ke tubuh Ain. Saling berbalas serangan. Terjerit Laila kala digasak oleh Ain. Pecah ketawa kedua-duanya.


Laila melepaskan lelah. Sisa ketawa Ain masih jelas di cuping. Tubuh kedua-duanya yang terlentang memandang tepat ke siling. Sepi. Hanya desiran nafas kedua-duanya yang saling bersisih sayup-sayup menyapa telinga.


"best kau punya outstation trip kali ni?"


Ain senyum meleret. Dipusingkan kepala sedikit memandang ke arah Laila. Kedua-dua ibu jari ditegakkan. "best sangatttt...kenangan terindah dalam hidup. Berbasikal di tepi pantai sambil menunggu matahari terbenam." Ain angkat-angkat kening.



Laila senyum meleret sambil mengangkat kening. "woooo., romantisnye. Cite la lagi Ain." Laila tahu kisah hubungan Ain dengan salah seorang pengurus di pejabatnya dan kebetulan pada tugasan kerja luar kali ini Ain dan pengurus berkenaan dihantar bersama.


"ewah pandai ek. Kau nak larikan diri dari kena soalsiasat dengan aku, nak perangkap aku pulak. Takder, takder. kau tu cepat cite dulu."


"ala Ain. Cite la dulu..boleh laa Ain."


"Fahratul Laila..jangan ngada-ngada nak merengek ye, nanti aku sumpah kau jadi beruang kelabu yang tak cukup zat besi."


Pecah ketawa Laila. Dicapai beruang coklat yang terdampar di tepi katil lalu dilontarkan pada Ain. Melangsing jeritan Ain memenuhi ruang kamar Laila.


Jeda.


"Laila..."


"hmmm..."


"dia suka kau kan?"


"siapa?.."


Beruang ditangan dilontar ke arah Laila. Ketawa Laila pecah lagi.


"agaknya."


"Aku rasa dia serius dengan kau. Dan aku dapat rasa dia bukan main-main. His eyes tell everything. He loves you, Laila."


Jeda.


Ain toleh sekilas memandang ke arah Laila. Temannya itu masih tunak memandang ke siling. Seperti sedang memikirkan sesuatu.


"Laila..."


"hmmm..."


"beri peluang pada diri kau...dan kau harus beri peluang pada dia. Buka hati kau, Laila. He's a good guy. He cares about you very much. Kita tak akan selalu dipertemukan dengan lelaki yang baik macam ni dalam hidup. Kau tak boleh lepaskan lelaki sebaik dia."


Terdengar keluhan perlahan yang terhambur keluar dari bibir mungil Laila. Ain menoleh lagi. Suara Laila masih terus menjeda. Temannya itu dilihat memejamkan mata seketika.


"he did proposed me..."


Mata Ain membuntang. Kepala laju berputar 90 darjah ke arah Laila yang tenang terlentang disebelah.


"he what?? proposed you?"


Laila angguk perlahan.


"bila?.."


"hari tu..masa dia tolong hantar aku balik."


"then?..."


"aku tak beri apa-apa jawapan lagi."


sebab?"


Laila perlahan-lahan bangun. Ditegakkan tubuh. Dihela nafas perlahan. Ain turut sama bangun. Dirapatkan duduk disebelah Laila.


"aku cakap aku perlu masa Ain.."


"kau masih salahkan dia?"


Laila menggeleng.


"Bukan sebab tu, Ain." Laila hela nafas dalam-dalam. " aku terima hakikat Sofi pergi kerana masa dia dah sampai. Aku redha dengan takdir yang sudah tertulis. Mungkin setakat itu sahaja Allah pinjamkan Sofi pada aku. Mungkin setakat itu sahaja Allah benarkan kami hidup bersama. Aku dan ikhlaskan semuanya. Aku tak simpan dendam pada dia, Ain. Aku dah maafkan dia." Ain usap belakang tubuh Laila perlahan-lahan.


"habis, dia cakap apa?"


Laila kemam bibir. Segala apa yang dikatakan Wazif masih segar diingatan. Laila tidak pernah lupa. Tidak akan lupa tiap bait kata-kata lelaki itu.


you're my first priority dear, on top of everything....remember that,hmmm. When it involve you and i've to make a choice , i shall leave everything behind...just for you. Only you...

saya sangat sayang awak, Laila. Saya ambil berat sangat pasal awak. Harap awak faham maksud saya ni. Ini dah cukup buat awak mengerti isi hati saya.


ambil seberapa banyak masa yang awak perlu. Saya akan tunggu sehingga awak bersedia. Saya akan tunggu sehingga hati awak benar-benar terbuka dan ikhlas untuk terima saya dalam hidup awak...


Ain letak kedua-dua tapak tangan di dada. Terkesima dengan lafaz kata-kata Wazif yang diucapkan pada Laila.


"dia cakap macam tuh?"


Laila angguk.


"romantiknya si Harrier tuh. Aduhai Laila, kau tak cair ye. Kalau aku sah-sah dah jadi ais krim cair."


Laila tepuk peha Ain. "nak cair apanye. Aku bukan aiskrim lah..."


"eei, kau ni..." Jari Ain singgah di peha Laila. Terjerit Laila. Terburai ketawa kedua-duanya.


Ain paut bahu Laila. Ditepuk lembut.


"aku tau jauh disudut hati kau pun dah mula sukakan dia, kan."


"Ainnn!..." Ain ketawa kecil. Pautan di bahu Laila dieratkan lagi.


"Laila, buka pintu hati kau. Lupakan segala kisah pahit kau dahulu. Beri peluang diri kau untuk bahagia macam orang lain. Kau pun berhak untuk rasa bahagia...hidup bahagia. Beri peluang buat dia tempatkan diri dia dalam hati kau. Masa yang kau pinta dari dia tu gunakan untuk lebih kenali diri dia...untuk lihat kesungguhan dia terhadap kau. Untuk kau menilai keutuhan kasih sayang dia pada kau. Tapi aku secara ikhlas akan sokong kau terima dia. Aku tahu dia lelaki terbaik buat kau."

Laila menegakkan tubuh. Wajah Ain disebelah ditatap.


"kau yakin kata-kata dia jujur, Ain?"


Ain angguk kepala. Senyum.


"kau yakin dia tak akan main-mainkan perasaan aku?"


Ain angguk kepala lagi. Laila kemam bibir.


"kau yakin niat dia ikhlas?"


Ain angguk kepala lagi. "insyaallah."


Laila hela nafas perlahan. Ain renung wajah Laila. Tangan Laila dicapai lalu digenggam erat. Laila toleh memandang Ain. Mata jatuh pada genggaman tangan Ain. Dibalas. Senyuman saling bertukar.


Anum yang sekian lama menjadi pendengar di sebalik pintu bilik yang terbuka tanpa disedari kedua-duanya turut tersenyum.

8 comments:

cactaceous opuntia said...

huu...dasyat....aiii...terima la wazif laila

aisy said...

btul2..terima la wazif laila..confirm die akn jaga laila baik2..heheh

canim said...

terima je laila.....betul kata ain....wah terharu bila baca part kata2 wazif n epi pun ada.....laila beri peluang utk diri sendiri n utk wazif buktikn kasih sayangnaya....

sGurL90 said...

Nampak mcm laila dah nak bagi jawapan jer lepas nih

Tapi mudah ker wazif nak dapatkan laila tuh
Mesti kena jumpa mak ayah dia dulu walaupun laila dah setuju
Wali harus dicari sebelum dapatkan wali hakim

The Lady Chosen said...

wah laila mcm nak terima jep lamaran wazif tu...sgt best & seronok yippiii ...hoooreeyyy.....(sambil gulin2) hehehe overrrr :))

IVORYGINGER said...

ada org skodeng dblik pintu la. hehehe... ;D

caya la wazif... mmg laila dah cair ni. ahaks... respect u!!!

Nadiah said...

bestnye..sambung la lagi....

sue said...

Ain dan Anum seorang teman yang baik... susah senag bersama.... Terima sajalah Wazif wahai cik Laila.... berilah peluang untuk Wazif ..... tentu Umi Wazif happy kalau Laila menjadi calon menantu ...hehehe... nak lagi...