Bab 24
Harrier hitam diparkir ditepi pagar. Enjin dimatikan. Kunci ditarik perlahan. Mata dikerling pada pergelangan tangan kiri. Senyum manis terpancar di bibir. Lafaz bismillah terlontar perlahan sebelum pintu ditolak. Tubuh yang santai dengan falcon jeans guess bersama tee hitam dari jenama yang sama dibawa keluar dari perut Harrier. Ditolak pintu. Mata memandang ke arah rumah dihadapan. Nafas dihirup dalam-dalam. Kaki dihayun tenang memasuki halaman teres dua tingkat dihadapan. Satu demi satu langkah diatur. Pintu utama dengan grill yang tidak berkunci ditatap seketika sebelum ucapan salam dilontarkan.
Laila telan air liur. Debaran di dada yang tenang kembali memacu. Salam dijawab dalam hati. Suara salam yang didengar dari luar pintu sangat dimaklumi dan diketahui siapa pemiliknya. Raut wajah itu menyapa minda. Mata singgah pada pandangan Ain dan Anum yang duduk setentang. Senyum penuh bermakna keduanya membuatkan bibir dikemam.
"dah sampaipun orang yang ditunggu, Num. Berdebar-debar rasa hatiiii..." Ain angkat kening sambil tersenyum menoleh pada Anum disebelah. Lirik lagu dendangan biduan Ahmad Jais dinyanyikan sambil sebelah tangan diletakkan ke dada. Gadis genit itu tersenyum lebar menunjukkan barisan giginya yang putih. Laila yang memandang keduanya kelu untuk memberi tindakbalas. Kedua-dua tapak tangan saling meramas. Cuba ditenteramkan amukan rasa yang sedang melanda.
"kak Laila dah panik tahap merah jingga tuh kak Ain. Janganlah buat dia lagi panik. Kesian tau!" Makin rancak Anum dan Ain mengusik. Laila gigit bibir.
"Laila..." Laila pandang Ain yang memuncungkan bibirnya ke pintu.
"pergilah bukak pintu. Kesian hero kau tu. Takkan nak biar dia tunggu kat luar lama-lama. Tak kesian ke,hmmm." Anum sudah menakup mulut. Mahu disembunyikan tawa yang malu terluncur.
Laila gigit bibir seraya bangun sambil menarik nafas dalam-dalam. Langkah dibawa mendekati pintu. Bibir dikatup kuat. Mata dipejamkan seketika sambil beristighfar. Tangan mengurut dada. Lafaz bismillah diucap perlahan.Tombol pintu dicapai.
Mata saling memandang. Mata saling merenung. Debaran didada makin kecang. Aliran darah laju meluncur ke seluruh pembuluh darah. Kedua-dua bagai kehilangan kata-kata.Terpegun seketika Laila melihat Wazif yang kacak dengan tee hitam dan jeans biru lusuh. Wajah tenang yang sedang tersenyum itu ditatap tidak berkelip. Laila telan air liur lagi. Wazif senyum. Mata menatap susuk tubuh dihadapan yang ringkas berkemeja biru firus lengan panjang berpetak-petak yang dipadankan dengan jeans biru. Selendang firus yang dijalin ringkas menutup keseluruhan kepala indah dan begitu mempesonakan. Laila nampak begitu santai namun tetap ayu dengan penampilan begini.
"hai..." Wazif memulakan bicara. Perlahan sahaja. Senyuman manisnya masih kekal dibibir. Wajah ayu dihadapan terus direnung.
Laila telan air liur. Senyum segaris. "hai..."
Wazif menganggukkan kepala pada Ain dan Anum yang muncul seraya berdiri di sebelah Laila. Sempat ditanya khabar Ain dan Anum. Mata kembali menatap pada Laila yang hanya tunduk disebelah.
Laila.."
"haa?"
Wazif senyum melihat wajah kelam-kabut Laila.
"Shall we?"
Laila angguk. Tersipu. Malu dilihat oleh Wazif akan reaksi dirinya yang jelas panik. Laila toleh pada Ain dan Anum disebelah. "aku pergi dulu, Ain. Akak pergi dulu, Num."
Ain angguk kepala." jaga diri baik-baik,hmmm."
Laila angguk. Anum kenyit mata seraya tersenyum pada Laila. Laila membesarkan mata. Wazif yang melihat gelagat Anum dan Laila tersenyum.
"Wazif..."
Wazif memandang Ain. "saya.."
Ain tatap wajah Laila yang sudah berdiri disebelah Wazif.
"jaga Laila baik-baik. Saya percayakan awak."
Laila tunduk sedikit. Wazif toleh memandang Laila disebelah. Tersenyum sambil menganggukkan kepala. Isyarat agar Laila faham akan betapa dia amat ambil berat akan diri gadis itu.
"Jangan bimbang. She's my responsible tonight. I'll take a good care of her. She's safe with me. Insyaallah,trust me.." Ain angguk seraya mengangkat kedua-dua ibu jari. Senyuman keempat-empat mereka saling bertaut.
Ain dan Anum mengekori langkah Wazif dan Laila ke Harrier yang terparkir di luar pagar dengan pandangan mata. Anum letak tangan kanan dibahu Ain.
"kak Ain..." Mata Ain sedang melihat Wazif membukakan pintu penumoang hadapan Harrier buat Laila. Ain senyum.
"hmmmm...."
"abang Wazif tu handsome giler kan..."
"dia handsome..tapi tak giler. Kalau dia giler akak tak lepaskan kak Laila ikut dia..."
Anum tenung wajah Ain. Saling merenung. Anum kemam bibir. Ain hanya memandang selamba. Pecah ketawa kedua-duanya. Mata mengiringi Harrier hitam yang mulai bergerak meninggalkan perkarangan rumah mereka.
All the best my dear Laila! Ain hela nafas. Bibir menguntum senyum.
* * * * * * *
"Laila..."
"ha?"
Wazif tersenyum. "awak ni suka panik ye. Just relax ok. Saya tak makan orang."
Laila kemam bibir. Senyum Wazif tambah lebar melihat reaksi Laila yang tersipu.
"kita nak ke mana ni,hmmm?"
"errk...saya...ingat nak tanya awak. Awak ada idea?" Laila gigit bibir. Kedua-dua tangan diramas kuat.
Wazif senyum lebar. Harrier sudah memasuki lebuhraya Mahameru.
"hmmm, takper. Saya akan bawak awak ke satu tempat..." Mata dikalih memandang Laila sekilas seraya mengenyitkan mata." yang sangat istimewa..."
Laila telan air liur. Wazif yang tersenyum ditatap.
Stereng diputar memasuki persiaran Mahameru. Tenang dipandu Harrier membelah keheningan malam yang baru melabuhkan tirainya. Harrier memasuki kawasan elit yang dihadapan tersergam sebuah bangunan yang bercirikan kolonial inggeris.
Laila tenung bangunan dihadapan.
"Carcosa Seri Negara?" Terlontar perkataan itu dari bibir Laila. Tangan menekup bibir. Wazif tersenyum sambil menganggukkan kepala.
"awak..kita pakai macam ni, boleh ke masuk?"
Wazif senyum lagi. "kenapa tak boleh pulak,hmmm."
"inikan tempat elit. Kita...kita berdua dah lah pakai macam ni..." Jari jemari Laila dihalakan ke tubuh. " Nanti kena halau pulak. Kita..kita pergi tempat lain saje lah ye."
Wazif menggeleng. "berani diaorang nak halau saya dengan buah hati saya ni. Nahas la diorang. Saya saman nanti."
Pipi rasa membahang. Mata dilarikan ke luar tingkap.
Kaki melangkah perlahan memasuki bangunan yang cukup mempunyai auranya yang tersendiri. Mata leka meneroka keindahan sekeliling sambil Wazif dilihat bercakap dengan lelaki yang tadinya menyambut mereka di pintu utama. Carcosa Seri Negara yang terletaknya di sebelah Taman Tasik Perdana di Kuala Lumpur, dibina oleh Sir Frank Swettenham yang merupakan residen jeneral pertama negeri-negeri melayu bersekutu pada tahun 1896 dan merupakan kediaman rasminya. "Carcosa" bermaksud "tempat yang amat disayangi". Pada masa yang sama, Sir Frank juga siap membina bangunan "King House" di tepi bukit bersebelahan. Tujuan pembinaan King's House, kini digelarkan "Seri Negara" (bermaksud "negara indah"), adalah untuk melindungi Gabernor Negeri-negeri Selat serta tetamu-tetamu penting Persekutuan Tanah Melayu ketika itu. Dari 1904 sehingga serangan Jepun pada 1941, Carcosa merupakan kediaman rasmi wakil-wakil tertinggi British kepada negeri-negeri Melayu. Semasa Perang Dunia II, Carcosa menjadi Dewan Mes Pegawai Kanan Tentera Jepun. Pada Ogos 1945, Tentera British menggunakannya sebagai tempat kediaman untuk Pegawai-pegawai Kanannya sehingga Ketua Setiausaha dilantik. Selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1957, Carcosa menjadi kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi British manakala Seri Negara pula menjadi rumah tetamu rasmi bagi tetamu Malaysia yang terpenting. Carcosa dipulang kepada Kerajaan Malaysia pada 1987. Pada 1989, selepas Ratu Elizabeth II mendiami di Carcosa semasa "Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel" (CHOGM), pentadbiran kedua-dua rumah agam digabung untuk membentukkan apa yang kini digelarkan "Carcosa Seri Negara". Kini, bangunan penuh bersejarah ini merupakan salah satu daripada hotel utama di Kuala Lumpur.
"Laila.." suara lembut Wazif yang menyapa cuping mengejutkan lamunan Laila. Mata menala wajah disebelah. Tersenyum. Laila turut tersenyum.
"jom.." kepala Wazif dianggukkan sambil tangan mempersilakan Laila ke hadapan. Langkah diatur perlahan mengikut langkah lelaki dihadapan.
Laila tatap persekitaran The Dining Room. Cendeliar merah yang menghiasi langit restaurant bertemakan hidangan Peranchis ini benar-benar mempesonakan pandangan mata. Wazif tatap wajah ayu dihadapan yang sedang leka menerawang. Pelayan datang membawakan pesanan mereka. Tertib diletakkan hidangan dihadapan Laila dan juga Wazif. Sebaik pelayan meninggalkan meja, Laila mengambil kesempatan menala pandangan pada Wazif dihadapan yang kebetulan sedang mesra menyapa seorang tetamu yang baru memasuki restaurant berkenaan. Mungkin kenalannya atau mungkin juga pelanggan Wazif. Itu tekaan Laila. Lelaki itu dilihat tenang berbicara. Sesekali ketawanya bertingkah. Nafas dihela perlahan. Lafaz bismillah diucap dalam hati. Laila menanti hingga Wazif selesai berbicara.
Wazif senyum memandang Laila. Tangan disua pada hidangan. Isyarat. Laila angguk. Tersenyum. Debaran dihati kembali menari. Laila tunduk sedikit. Cuba mencari kekuatan untuk memulakan bicara. Diangkat wajah perlahan. Wazif sedang menala pandangan padanya. Debaran didada Laila kian kencang.
"awak..."
Wazif terus menatap wajah Laila. Dia tahu ada yang sedang ingin dibicarakan gadis ini padanya. Resah diwajah ayunya jelas terpancar.
"hmmm."
"awak... betul-betul suka dengan saya?"
Wazif senyum. Kepala diangguk perlahan.
"awak pasti awak tak silap dengan keputusan awak ni? tak silap dengan pilihan awak ni? Awak tahukan kisah hidup saya sebelum ni. Saya ajak awak keluar malam ni sebab saya nak awak tahu saya tak mahu awak buat silap dalam hal ni. Saya kena jelaskan supaya awak faham betapa perkara ini bukan boleh diambil mudah. Ini tentang masa depan..awak...dan saya. Saya juga tak mahu silap buat keputusan kalau-kalau nanti saya akan menyebabkan awak ditimpa kesukaran. Saya..tak mahu menyusahkan sesiapa. "
Wazif senyum sambil menggelengkan kepala. " Awak tak silap...dan saya sangat pasti tentang perkara kita berdua. Saya sukakan awak dari sejak mula kenali siapa diri awak. Demi Allah, saya cintakan awak, Laila. Saya ikhlas dengan kata-kata saya ini. Hanya Dia yang maha mengetahui betapa sayangnya saya pada awak."
Laila telan air liur. Nafas dilepaskan perlahan.
"awak yakin kita berdua boleh teruskan hubungan ini ke frasa yang lebih serius?"
Wazif hela nafas perlahan. Wajah ayu dihadapan ditatap tunak seketika.
"kita hidup ini dijadikan berpasang-pasangan Laila. Kita ditemukan oleh-Nya untuk saling mengenali antara satu sama lain..untuk saling memahami untuk satu sama lain...untuk saling melengkapi kekurangan masing-masing. Begitu juga kita berdua. Akan saling melengkapi antara satu sama lain. Itulah kehidupan namanya. Saya tak tahu apa yang bakal terjadi esok,lusa dan seterusnya...tapi selagi saya masih bernyawa, selagi saya masih bernafas hati saya ini takkan berubah,insyaallah. Saya hanya ingin meneruskan hidup saya ini bersama-sama dengan perempuan yang amat saya cintai dalam hidup ini...awak orangnya, Laila. Saya mahu hidup saya dilengkapi dengan kehadiran awak, Laila. Hanya awak sahaja. Tiada gadis lain yang bertakhta dihati saya ini. Awaklah sahaja orangnya. Awak lah orangnya yang sekian lama telah mencuri hati saya. Berilah ruang diri saya untuk menghuni hati awak. Berilah peluang untuk saya bahagiakan awak."
Laila menundukkan wajah seketika. Bibir dikatup. Dia benar-benar terkesima dengan bait-bait kata yang diucapkan Wazif.
Laila angkat kepala perlahan-lahan. Wazif yang merenung ditatap.
"awak..."
"saya..."
"awak jangan main-mainkan perasaan saya,hmm. Janji?"
Wazif senyum.
"janji..."
"ok.." Laila senyum.
Wazif angkat kening.
"ok?"
Laila angguk kepala.
"ok tu ok apa,sayang? Ok untuk kita kahwin ke,hmmm. Well, i'm ready for that dear. Lagi cepat lagi bagus kan."
Laila ketuk jemari Wazif dengan garfu ditangan. Jelingan kecil dilemparkan. Pecah ketawa halus Wazif. Wajah Laila yang merona ditatap tunak. Ada kembangan mekar sedang menguntum ditaman hati.

+of+kucing.jpg)





7 comments:
alahai..comelnya mereka berdua..suka suka..hopefully mereka akan bersatu tak lama lagi..jemputlah Laila pi rumah mamat tu..
suka bila baca n3 nie...harap2 mereka nikah cepat tanpa ada halangan...apa lg adanya restu dr walid & umi wazif
ehhehe..suka suka..sweet gler en3 kali ni, laila ok tuk kawin tau..heheh
waaaa....
harap2 cepat majlisnya...
ni lepas ni pasti kisah family laila pula...
apa yg terjadi ye..
x sabar nak tahu...
alahai sangat comel....sweet pun ade, bermula dah episod cinta mereka, harap laila & wazif dapat menempuhi dugaan sekiranya ada XD
waaaaaaa..comelnye mereka..go 4 it laila,wazif..u both deserve each other..cpt2 satukan mereka yek cik writer..so dat what ever happen in the future they can face it togather2..weeee..suke!
Alahai.... sweet betul walaupun hanya kata wazif sahaja....
bagi laila masalah akan timbul bila keluarag wazif hendak menemui keluarga laila... sebab keluarga Laila dah buang dia... Wazif bagi semnagat pada Laila OK....
Post a Comment