Blogger Backgrounds

Wednesday, December 28, 2011

Kerana Aya Sofya - Bab 25


Bab 25


Hening malam ditempuh dengan penuh bersemangat. Jiwa sedang berdendang irama ria. Tangan tenang mengemudi stereng. Bibir masih belum usai menguntum senyum. Taman hatinya saat ini sedang mekar dengan jambangan yang pelbagai warna. Indah. Harum. Wangian yang menyemarakkan seluruh jiwa. Penantiannya selama ini terjawab sudah malam ini. Sebaris kata-kata Laila yang ditunggu sekian lama akhir terluncur juga dari ulas delima yang indah itu sebentar tadi. Dalam penuh tersusun diungkap bait-bait keramat yang cukup dinanti sekian lama.


Bibir Wazif terus menguntum senyum. Segala-galanya terlerai sudah. Segala yang terpendam selama beberapa tahun ini terungkap kini. Baik dirinya juga Laila, sudah sama-sama saling menerima kenyataan. Takdir yang terjadi ada hikmah buat mereka.


Kata-kata yang diungkap Laila masih basah di telinga. Terngiang-ngiang suara lembut itu menyusun kata yang cukup indah didengar. Kata-kata paling cantik yang pernah teralun ditelinga.


"awak..."


"hmmm..."


saya sebenarnya nak cakap sesuatu pada awak. Sesuatu yang saya rasakan sudah sampai masanya untuk saya beritahu pada awak. Saya mahu awak tahu tentang ni."


"ok, saya dengar."


Khali seketika. Laila menghela nafas dalam-dalam. Wazif yang duduk di kerusi pemandu tenang menanti. Wajah Laila ditatap.


"awak tahu tak, hati saya awalnya seakan tidak mahu memberi apa-apa jawapan. Setiap kali teringatkan awak saya akan teringatkan Sofi. Saya akan terbayangkan dia setiap kali bayangan awak muncul. Rasa sedih itu hadir tanpa diundang. Saya rasa bersalah pada Sofi setiap kali memikirkan tentang awak. Hati saya akan tersayat setiap kali teringatkan Sofi." Laila lontar pandangan ke luar tingkap.


Jeda seketika. Wazif tenang menanti bicara Laila.


"Saya tahu saya berlaku tidak adil pada awak. Saya tak beri peluang pada awak untuk bela diri. Saya hukum awak. Saya tolak takdir yang tersurat buat saya. Dalam hati saya, dalam minda saya..yang dilihat hanya satu...kerana awak, Aya Sofya mati! Kerana awak, saya hilang Sofi. Saya benci awak. Benci yang sesungguhnya. Saya rasakan segala-gala kebahagiaan hidup saya bersama Sofi dirampas oleh awak. Awak penyebab segala yang terjadi. Awak puncaanya. Dan kerana itu saya jauhkan diri dari awak. Saya hilangkan diri dari pandangan mata awak dengan harapan saya takkan jumpa awak lagi...tapi Dia maha berkuasa kan. Kita ditemukan semula akhirnya. Saya minta maaf atas segala kelakuan dan layanan saya pada awak selama ini, Wazif." Laila kemam bibir.


Wazif terus takzim mendengar. Dibukakan hati seluas-luasnya. Bibir dikatup rapat.Tidak langsung mencelah. Dibiarkan Laila menghamburkan segala-gala yang tersimpan dihati selama beberapa tahun ini. Dia mahu mendengar segala-gala yang selama ini dikunci rapat didalam hati gadis ini. Dia mahu tahu perasaan Laila selama ini padanya. Dia mahu tahu segala yang dihadapi gadis ini selama beberapa tahun ini.


"Awak tahu, jauh disudut hati...saya sering rasa bersalah kerana buat awak begitu. Tapi saya enggan mengakuinya. Saya cuba nafikan perasaan tu. Saya cuba tolak jauh-jauh. Tapi makin kuat saya menolak, makin dekat awak pada saya. Mungkin Dia mahu tunjukkan saya sesuatu. Sepanjang beberapa bulan sejak awak muncul kembali dalam hidup saya ,saya lihat kesungguhan awak sepanjang tempoh ini. Saya lihat keikhlasan awak. Saya lihat kejujuran awak. Dia bukakan hati saya sedikit demi sedikit. Dia bukakan mata saya untuk lihat awak dari sudut yang indah. Perasaan saya terhadap awak sedikit demi sedikit berubah. Makin hari saya makin menyenangi diri awak...dalam diam." Wazif tatap sepasang mata bundar milik Laila yang juga sedang memaku pandangan padanya sebelum memandang ke langit malam dari cermin hadapan Harrier. Kerlipan bintang jelas kelihatan. Bagai mengerti akan kerlipan cahaya yang mula mewarnai jiwanya saat ini.


"saya tanya pada Dia benarkah awak orangnya. Banyak kali saya tanya pada Dia. Setiap malam ketika semua sudah tidur saya bangun dan saya tanyakan pada Dia. Saya minta Dia berikan saya jawapan. Jawapan yang perlu saya berikan pada awak. Dalam beberapa hari menanti, rasa hati saya banyak didorong untuk mengingati awak. Awak hadir di kebanyakan waktu tika saya sendiri. Bayangan diri awak kerap menjengah minda. Mengetuk jendela hati. Saya tidak pasti adakah ini tanda-tanda dari-Nya buat saya memahami sesuatu. Saya tanya Dia lagi benarkah ini jawapannya. Dan untuk kesekian kalinya awak hadir lagi." Laila tunduk seketika sebelum kembali mengangkat muka dan menoleh seraya memandang tepat pada Wazif.


Wazif senyum. Laila juga tersenyum.


"saya mohon pada Dia agar keputusan saya ini yang memilih awak untuk jadi "penjaga" saya seumur hidup adalah keputusan yang didorong oleh-Nya dari setiap istikharah saya. Saya harap kita berdua direstui oleh-Nya. Insyaallah."


Wazif meraup wajah. Lafaz alhamdulillah terluncur dari bibir.


"awak..."


"saya..."


"janji dengan saya..."


"insyaallah..."



"yang awak akan terima saya seadanya saya. Buruk dan baik saya. Terlalu banyak kekurangan diri saya ini jika mahu digandingkan dengan awak."


Wazif angguk. "saya pun harap yang sama dari awak. Kita cuma manusia biasa Laila. Tak sempurna. Kerana tu kita akan saling melengkapi antara satu sama lain. Maafkan saya atas segala yang terjadi dahulu. Demi Allah, ketika itu saya cuma mahu melaksanakan tanggungjawab saya pada anak guaman saya. Saya cuma mahu mengelakkan sebarang perkara buruk dari berlaku jika yang muncul di hadapan Sofi adalah mereka. Sofi tidak boleh dikejutkan oleh kehadiran mereka yang tiba-tiba. Saya mahu memberi ruang dan bercakap dengan Sofi. Saya tidak langsung menduga saya semua itu akan terjadi. Saya juga mangsa seperti awak. Saya tak sangka Aliya dan Fakhrul sanggup tipu saya...sanggup aniaya awak dan Sofi. Kita berdua mangsa kerakusan manusia yang sanggup melakukan apa sahaja demi melunaskan hasrat hati mereka, Laila."


Wazif hela nafas. Peristiwa silam terlayar kembali.


"saya tahu saya berdosa pada awak...pada Aya Sofya. Saya khilaf dalam menjalankan tanggungjawab saya. Semuanya kerana saya terlalu percayakan Fakhrul. Dan rasa bersalah itu saya usung selama lima tahun pencarian saya menjejaki awak yang tiba-tiba kabur dari pandangan mata. Hilang tanpa kesan. Selama lima tahun hidup saya tak pernah tenteram. Selama lima tahun jiwa saya tak pernah tenang. Merata-rata saya cari awak, Laila. Saya dah macam orang gila."


Laila tatap wajah Wazif. Dihela nafas perlahan-lahan.


"awak.."


Wazif menoleh. Mata mereka kembali beradu pandang.


"saya dah lama maafkan awak, Wazif. Awak janganlah salahkan diri awak lagi. Saya tak salahkan awak dalam perkara ini. Percayalah. Saya terima segalanya dengan redha. Saya ikhlaskan pemergian Sofi. Segala-galanya sudah ditakdirkan. Perjalanan hidup Sofi sudah ternoktah hanya setakat itu sahaja. Pemergian Sofi memang sudah tersurat. Sudah sampai janji Dia pada Sofi. Sofi kembali pada yang lebih menyayangi dirinya. Doa saya tak pernah putus padanya. Kasih sayang saya pada Sofi akan kekal tersemat dalam hati dan jiwa saya selama-lamanya."


Wazif tatap terus ke kolam mata Laila yang terpancar cahaya keikhlasan.


Jeda.


Tali pinggang keledar ditanggalkan perlahan-lahan. Laila toleh ke arah luar tingkap. Mata menjurus ke tingkat atas. Dua bilik di atas masih terang. Isyarat bahawa Ain dan Anum masih belum tidur lagi. Pasti kedua-duanya menunggu Laila balik. Tangan menoleh Guess yang indah terhias dipergelangan kiri. Sepuluh malam. Laila hela nafas perlahan. Wajah dibawa memandang ke sebelah. Wazif tersenyum. Laila turut tersenyum manis.


"awak..." Laila senyum.


Wazif senyum. "hmmm..."


"thanks for the wonderful dinner. Terima kasih jugak kerana sudi jadi pendengar."


Wazif senyum lagi. Kepala mengangguk perlahan.


"saya masuk dulu ye." tangan mencapai pemegang pintu.


Pandangan Wazif masih tidak berpaling dari menatap wajah disebelah.


"Laila.."


Laila menoleh. "hmmmm..."


"terima kasih."


Laila senyum.


"terima kasih kerana sudi membenarkan saya bertakhta di hati awak. Terima kasih kerana sudi menyambut huluran kasih saya pada awak. Terima kasih kerana sudi memaafkan saya. Hati dan jiwa saya rasa lapang dan bahagia sangat malam ini. Terima kasih untuk semuanya. Saya harap kita akan bersama-sama sampai bila-bila,insyaallah."


Laila angguk. Senyuman manis makin mekar.


"Laila..."


"hmmm.."


"saya ada satu permintaan pada awak. Harap awak tak keberatan."


Laila terus senyum. "permintaan apa.."


"saya nak bawak awak jumpa umi dan walid saya. Saya mahu kenalkan umi dan walid dengan insan yang paling saya istimewa dalam hidup saya, boleh?"


Laila menyimpul senyum. Pandangan kedua-duanya bertaut.

10 comments:

Ad_dEen said...

suka...
alhamdulillah...
laila bagi jawapan positif...
mesti terkejut jumpa umi wazif nanti...

My said...

sangat2 suka dgn jawapan positif laila...

cactaceous opuntia said...

akhrye pnantian wazif berbalas....=)

subbihah said...

cpt2 langsungkn perkahwinan mereka..jgn tangguh2..tapiiiii..hal fmly laila blom slesai lg..spe plak nk jadi walinye kn??hadei..cane tu cik writer?? ^^

sGurL90 said...

Pasti laila yang terkejut nanti bila berjumpa dengan orang tua wazif...

Lepas nih giliran orang tua laila plak kot...
Takkan x nak jumpa mak ayah dia sebelum kawen...

aisy said...

laila punye jawapan..mmg sopan..suka2..^_^

IVORYGINGER said...

i love tis part. akhirnya apa yg ditunggu wazif tercapai. he... xsabar tunggu hr wazif nk bawa jumpa parent dia.msti tkejut laila nnti. silap2x temberang laila suka makan aiskrim tbuka. sbb ma wazif mmg tau favourite Laila. hehehe...
after that family laila plak. wazif mesti tahu psl hal laila kan. bukan ke selama menjadi peguam parent sofi dah blaku siasatan sapa Laila. cuma penerimaan keluarga Laila la mdebar2x kan kita. huhhuhu... hope everything ok. xkan family dia xrindu dia. betul tak??

sue said...

Alhamdulillah...
Akhirnya Laila terima Wazif dengan ikhlas..
Laila tentu terkejut berjumpa dengan Umi Wazif...
semoga keluarga Wazif beri semangat pada Laila untuk menghadapi keluarga dia...

The Lady Chosen said...

akhirnya kasih sudah bertaut, harap wazif & laila bahagia XD

Nadiah said...

Yes...Alhamdulillah....