Blogger Backgrounds

Monday, January 2, 2012

Kerana Aya Sofya - Bab 26








Bab 26




Tangan meraup wajah sebeum kedua-dua belah tangan dijatuhkan ke pipi. Ain disebelah menoleh dan memandang tidak berkelip. Duduknya di birai katil diengsotkan ke tengah hamparan yang dialas jalur merah lembut berselang putih gading. Ain hanya memandang gerak-geri Laila. Diengsotkan tubuhnya mengikut perlakuan Laila. Bahu Laila dipaut.




"anything happened?"




Laila menggeleng.




"then dia cakap apa pada kau sampai kau monyok macam ni. Patutnya kau happy balik dari first date."




Laila toleh memandang Ain yang masih memaut bahunya. Dihirup nafas perlahan.




"dia nak bawak aku jumpa umi dan walid dia."




Bebola mata Ain bulat bagai bola ping pong."jumpa mak dan ayah dia? dia nak kenalkan kau dengan diaorang? macam tu?"




Laila angguk. Perlahan.




Ain gelak kecil. "fuhh, express KLIA betul dia. Terus je nak bawak kau jumpa parents dia lepas first date. Very good move. Bagus juga plan dia. Kenal-kenallah dulu kan,hmm."Ain senyum memandang Laila. Laila menundukkan kepala seketika sebelum kembali memandang wajah Ain. Dihela nafas perlahan. Dahi Ain sedikit berkerut dengan perlakuan Laila.




"kenapa? kau tak nak jumpa parents dia ke?"




Laila geleng kepala. Perlahan."aku sedang fikirkan satu perkara Ain."




Ain melontar pandang ke arah Laila.




"serius semacam je rupa kau. Perkara apa,hmmm."




Laila kemam bibir. "umi...dan walid aku. Kau... tahukan maksud aku."




Ain lepaskan nafas dalam-dalam. Wajah rusuh Laila direnung.




"kau tak cerita lagi pada dia?" Laila geleng. Bibir dikemam. "aku tak tahu nak cakap macammana kat dia, Ain."




Ain tatap wajah Laila.




"aku faham perasaan kau. Beginilah...sebaiknya sebelum kau jumpa mak dan ayah dia, kau cerita dahulu pada dia hal kau dengan umi dan walid kau tu. Sekurang-kurangnya dia tahu dahulu duduk perkara ini. Jadi nanti senang dia beritahu mak dan ayah dia sebelum kau jumpa diaorang. At least diaorang dah tahu situasi kau."




Laila geleng kepala perlahan. "mesti dia dan parents dia terkejut kalau tahu tentang hal ni." Laila pejam mata seketika sebelum kembali melontar pandangan pada Ain." Silap-silap, awal-awal aku kena reject dengan parents dia sebab aku dah ada title anak derhaka kan."




Ain menggeleng kepala perlahan. "Positif,Laila. Takkan semudah tu diaorang nak hukum kau. Dalam hal tu, memang bukan salah kau. Kau ada sebab kau sendiri,Laila. Lagipun...Wazif yang kendalikan kes ni dulu kan, tentu dia akan lebih faham keadaan kau masa tu."




Laila lepas nafas. Dalam-dalam. " entahlah, Ain. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Bila memikirkan hal ni, aku mesti takut. Ada macam-macam perasaan dalam hati aku ni. Bukan mudah orang nak terima keadaan aku ni. Akan membabitkan maruah keluarga diaorang jugak nanti. Aku ni kan anak yang dibuang keluarga sendiri. Anak yang sudah dicop anak derhaka...anak yang memalukan mak bapak dia sendiri. Anak yang menconteng arang keluarga sendiri. Anak yang sudah dipadamkan namanya dari salasilah keluarga sendiri." Laila hela nafas. Dalam-dalam. Ada rasa sesak yang menghentam dada kala diluahkan kata-kata tadi pada Ain.




"Aku tak tahu macammana kedudukan diri aku ni, Ain. Ada umi..ada walid tapi...tapi, aku dah tak boleh nak anggap diri aku anak mereka lagi. Hak aku sebagai anak umi dan walid dah tak ada, Ain. Dah lama hilang. Aku ni tak macam orang lain,Ain. Ada umi dan walid tapi hanya boleh disimpan di hati...untuk dizahirkan kewujudan mereka..aku...aku tak mampu, Ain."




Laila tunduk memandang riba. Digelengkan kepala. Sedih memikirkan keadaan diri. Kenangan sepuluh tahun dahulu bertali-arus memanjat ingatan. Dipejamkan mata. Seraut wajah comel Aya Sofya yang tersenyum riang saling berganti dengan paparan wajah walid yang penuh amarah juga airmata umi yang tak henti mengalir kala kaki melangkah kleuar dari rumah. Maafkan Laila, umi..maafkan Laila, walid..




Ain capai tangan Laila. Digenggam erat.




"Laila...dengar sini."




Laila angkat kepala perlahan. Matanya merenung wajah Ain.




"kau ceritalah pada Wazif tentang hal ni dulu. Jangan cepat buat kesimpulan. Aku yakin Wazif lelaki yang mampu berfikir secara matang dan bijak. Jangan hukum diri kau lagi. Ingat...kau juga berhak untuk bahagia. Berbincanglah dengan dia. Mana tau, dia mungkin boleh bantu kau selesaikan masalah yang selama ini membelenggu diri kau. Mungkin dia juga boleh bantu kau untuk menjernihkan hubungan kau dengan umi dan walid kau,hmmm. Yakinlah pada diri kau...dan yakinlah pada dia. Insyaallah tentu dia akan bantu kau dalam hal ni."




Laila kemam bibir. Genggaman tangan Ain makin erat dibalas.




"terima kasih, Ain. Kau sahabat yang begitu memahami diri aku."




Ain angguk kepala. Senyuman manis tersuring di ulas delimanya yang bersih tanpa calitan warna.




* * * * * * *




"awak??" Mata tidak berkelip memandang susuk tubuh yang berdiri di hadapan pintu pejabatnya. Wazif senyum. Langkah mendekati meja kerja Laila. Dilabuhkan duduk pada kerusi dihadapan Laila. Wajah terkejut Laila terus disapa dengan lirikan senyum manis. Kaki kanan disilang ke atas kaki kiri. Tali leher yang menjerut dilonggar sedikit ikatannya.




Laila tatap wajah Wazif yang sudah duduk dihadapannya. "kenapa tak call cakap nak datang sini?"




Wazif terus menjaring senyum.




"tak boleh ke saya datang jumpa awak? jumpa buah hati saya sendiri,hmmm. Ke, saya ganggu awak ni. Maaf kalau macam tu. Saya keluar dahulu lah." Wazif mengacah mahu bangun semula dari duduk namun Laila pantas menegah. Isyarat mata diberikan meminta Wazif duduk kembali. Kepala menggeleng seraya memohon maaf jika kata-katanya itu menyinggung perasaan Wazif. Wajah polosnya jelas mengambarkan keikhlasan jawapan yang dilontar pada Wazif. Jari-jemari yang rancak menari di atas papan kekunci ienovo dihadapan terhenti. Sepasang mata bundarnya melontar renungan pada wajah tampan Wazif. Senyuman manis lelaki dihadapannya ini dibalas.




"awak singgah jumpa saya ni, ada appointment around this area ke?"




Wazif mengangguk. Senyum. "hmmm...temujanji pertama dan kedua saya dah selesai 20 minit yang lalu. Sekarang ni saya dalam proses menanti temujanji ketiga. Kena tunggu dia kata ok dulu. Saya nak tanya dia secara terus. Yang ni.." Wazif melontar pandangan pada Laila yang juga sedang memandang padanya. Bibir terus menguntum senyum. "special...sebab orang yang saya nak jumpa ini sangat istimewa pada saya."




Laila memandang wajah Wazif yang tersenyum. Ada rasa yang berdetik di hati. Mata memacu renungan pada seraut wajah Wazif yang terus menyuring senyum. Cuba dikawal rasa yang sedang mengetuk dinding hati. Sedaya upaya dimaniskan wajah agar tidak dikesan Wazif. Laila tidak mahu dicop cemburu oleh lelaki dihadapannya ini. Hakikatnya jiwa begitu meronta-ronta mahu mengetahui siapa gerangan yang ingin ditemui Wazif.




"special pada awak? siapa dia? lelaki ke perempuan?"




"Senyum Wazif makin lebar. Wajah Laila direnung. "kalau istimewa pada saya..dia tu tentulah perempuan." Wazif angkat kening.




"Laila angguk kepala. Hati makin berdebar namun sedaya upaya dikawal agar resah yang mula terbit di hatinya tidak terpancar di wajah. Laila tidak mahu lelaki dihadapannya ini mengesan sesuatu pada riak di wajahnya. Wazif terus direnung.




"kenapa tak call dia dulu? mana tahu dia ada urusan ke. Nanti kan dah buang masa awak je."




Wazif geleng. Senyum.




"saya tak perlu call dia. Saya dah ada depan mata dia sekarang. Saya boleh tanya dia terus...in person...dan saya yakin dia akan kata ya. Kecualilah... dia tak kesiankan saya yang dah datang dan muncul di hadapan dia semata-mata nak invite dia untuk lunch date dengan saya hari ini."




Laila katup bibir. Mata terus memaku renungan pada seraut wajah tampan dihadapan. Senyum dibibir Wazif makin mekar.




* * * * * * *




Laila pandang wajah Wazif yang sedang tenang memandu. Bekas berwarna merah yang dihulurkan padanya sebentar tadi ditatap seketika. Bekas berwarna merah berbentuk hati yang sedang terdampar diriba direnung tunak. "untuk saya ke ni?"




Wazif geleng kepala. Tersenyum. Ditoleh kesebelah. Laila yang sedang memandang ditatap. "tentulah untuk awak, sayang. Specially design for you. Awak kan orang paling istimewa dalam hati saya,hmmm."




Laila melarikan pandangan keluar tingkap. Pipi rasa berbahang. Wazif terus menyuring senyum. Jalan Bukit Bintang yang sedikit sesak dilalui dengan penuh sabar.




Jeda.




Laila memandang ke hadapan seketika sebelum menoleh ke arah Wazif. Pandangan kedua-duanya berganding. Wazif angkat kening. Isyarat bertanya. Laila hela nafas perlahan. Dia harus melakukannya sekarang. Kesempatan ini seharusnya tidak disia-siakan.




"awak..."




"hmmm..."




"saya nak cakap sikit."




Wazif angguk. "ok."




"boleh tak awak tangguh rancangan nak bawak saya jumpa umi dan walid awak tu dulu."




Harrier yang dipandu Wazif hampir tersasar sedikit. Terdengar hon dari kenderaan sebelah. Laila terkejut. Tangan kejap memegang tali keledar yang melilit tubuh. Lafaz istighfar melantun beberapa kali dari bibir Wazif. Kepala menggeleng perlahan. Tangan kanan diangkat memandang pemandu kenderaan disebelah. Isyarat memohon maaf. Wajah ditoleh memandang ke arah Laila disebelah. Wajah ayu disebelah dilihat tunduk memandang ke riba. Wazif pasti ada sesuatu yang ingin diperkatakan gadis ini padanya. Sesuatu yang pastinya amat penting buat mereka berdua.




"any reason for that,hmmm. Awak tak ready nak jumpa parents saya ke?"




Laila yang tunduk kembali mengangkat wajah perlahan-lahan. Wazif yang memutar stereng memasuki Pavilion ditatap. Mata dilontar seketika ke arah laluan di kiri. Kesesakan yang sudah menjadi kelaziman buat kawasan segitiga emas di pusat bandaraya ini. Pandangan kembali dikalih ke arah Wazif.




"saya perlu beritahu awak tentang sesuatu dahulu. Satu perkara yang saya rasa awak perlu tahu dahulu."




Wazif menoleh. Senyum lagi. "tentang apa.."




Laila lepaskan nafas perlahan.




"tentang umi dan walid saya."




Wazif angguk.Tenang memaku pandangan ke hadapan. "i'm listening."




Mata dipejamkan seketika. Tidak tahu bagaimana mahu menerangkannya pada Wazif. Gusar dan gundah yang sedang bertiup di jendela hati makin mendebarkan perasaannya. Sukarnya mahu dilafazkan pada lelaki disebelahnya ini. Dia makin berdebar. Kedua-dua tangan digenggam kemas.




"sebenarnya saya ni..." Laila mengangkat pandangan ke arah Wazif yang tunak memandang dirinya. Bibir dikemam kuat. Air liur ditelan. Pahit. "dah dibuang keluarga,Wazif. Walid dan umi dah tak anggap saya anak mereka lagi. Saya dah dianggap tidak ada lagi hubungan dengan mereka. Saya dah dikeluarkan dari salasilah keluarga. Saya ni dah dianggap anak derhaka oleh walid. Saya...saya nak awak tahu kedudukan saya. Saya nak awak dan keluarga awak tahu keadaan diri saya yang sebenarnya. Saya tak mahu sembunyikan apa-apa tentang diri saya pada awak. Kalau awak tak boleh terima keadaan saya yang ini, saya akan faham. Awak tak perlu bimbang,hmmm. Saya takkan salahkan awak. Kita akan kekal sebagai kawan." Laila tunduk memandang jari-jemari yang saling diramas.




Wazif hela nafas perlahan. Harrier yang sudah memasuki kawasan parkir dimatikan enjinnya. Wajah rusuh Laila disebelah ditatap. Simpatinya pada gadis ini sukar ditangkis.




"saya tahu. Saya tahu semua tu."




Laila pandang Wazif. Terkejut dengan pengakuan lelaki disebelahnya saat ini.




"kerana Aya Sofya kan...semuanya kerana tindakan awak pertahankan Sofi. Kerana Sofi, awak sanggup kehilangan segala-gala yang awak miliki selama ini. Kerana Sofi awak rela lepaskan semuanya. Kerana Aya Sofya, awak korban semuanya."




Wazif terus memaku pandangan pada Laila. Kasihnya pada gadis ini tidak sedikit pun akan tergelincir hanya kerana pengakuan yang baru dilafazkan Laila sebentar tadi. Malah, sayangnya pada gadis ini makin kukuh tersemi di sanubari. Dia tidak akan sesekali melepaskan Laila. Dia kasihkan Laila..dia cintakan Laila!




"Laila..." mata mereka saling bertatapan.




"kasih, sayang dan cinta saya pada awak tak akan sesekali berubah. Biar apapun yang terjadi. Awak sangat istimewa dalam hidup saya. Bila awak sudi terima saya, saya sudah berjanji pada diri yang saya akan sentiasa disisi awak..bukan hanya kala suka tapi juga dalam setiap saat duka, hiba awak. Saya nak awak tahu saya dan keluarga saya terima awak dengan segala kekurangan dan kelebihan yang awak ada. Saya juga ada kekurangannya Laila. Saya juga tak sempurna."




Laila menekup tangan ke bibir. Kolam mata terasa berkaca. Dinding jiwa terasa bergoncang.

7 comments:

aisy said...

laila mmg dh byk berkorban..sedihnyer..kesian laila smpai kene baung kluarga..

aisy said...

*buang

cactaceous opuntia said...

msti umi wazif pn da tw psl ni?ke blm eh

Nadiah said...

hmmm.....sedihnya....

Anor said...

semuga kedua ibu bapa Laila menerima
Laila semula....kesiannya Laila kerna
ingin berkorban untuk org lain diri
pula terkorban...tabahlhkan hatimu
dn nasib baik Wazif seorg yg mengerti.

Ad_dEen said...

huhu..
cepat sambung..
sayu pulak baca entry ni..

sue said...

Umi dan Walid Wazif semua tahu tentang kisah Laila ... sayangggg... Laila sangat bernasib baik .... walaupun keluarga buang dia... tapi keluarga Wazif terlalu sayang Laila.... Insyallah....