Blogger Backgrounds

Tuesday, January 10, 2012

Kerana Aya Sofya - Bab 29


Bab 29


Laila capai pinggan terakhir yang dicuci puan Zahra. Disusun berhati-hati di dalam rak besi comel yang terletak bersebelahan sinki. Tangan mencapai tuala yang tersangkut di tepi sinki. Dihulur tuala pada puan Zahra sambil tersenyum. Tuala kemudiannya bertukar tangan.


"maksudnya kalau makan malam atau siang ke, memang umi lah yang sediakan. Bukan pembantu rumah." Puan Zahra mengangguk. Seusai sesi makan malam tadi, Laila terus sahaja membantu puan Zahra mengemas dan membersihkan meja makan utama biarpun dihalang oleh wanita berkenaan juga suaminya. Langkahnya pantas sahaja membawa pinggan-pinggan yang sudah kosong ke ruang dapur. Tidak manis dia terus sahaja duduk di meja melihat sahaja wanita berkenaan melakukan kerja-kerja mengemas dan membersih sendirian. Tadi ketika menikmati makan malam Laila diberitahu oleh Wazif segala-gala persiapan malam malam ni dilakukan sendiri oleh puan Zahra tanpa bantuan siapa-siapa. Terkejut bercampur hairan. Masakan rumah sebesar ini tiada pembantu. Memang pelik juga bila Laila mendengarkannya. Bila dia tanya tentang pembantu rumah kesemuanya tersenyum. Jawapan puan Zahra sememangnya sedikit mengejutkannya. Rumah mereka tiada pembantu rumah sepenuh masa. Tugas memasak sememangnya dilakukan sepenuhnya oleh puan Zahra.


"Pembantu rumah umi yang sekarang ni memang tak tinggal bersama dengan kami. Dia datang hari-hari. Rumah dia taklah jauh sangat dari sini. Tapi dia datang naik motor. Tiap-tiap hari pukul tujuh setengah pagi dia sampai. Lepas hantar anak-anak dia ke sekolah. Anak-anak dia tu nanti balik naik bas awam. Nanti pukul tiga petang dia balik. Dia dulu pernah kerja jadi pembersih pejabat. Tapi katanya masa panjang sangat. kadang-kadang kena kerja lebih masa sampai lewat petang. Susah untuk dia. Umi kesian dengar cerita dia itu yang umi tawarkan dia kerja pembantu di rumah ni. Kata dia lagi anak-anak yang balik dari sekolah tu nanti tak ada siapa nak tengok-tengokkan di rumah kalau dia balik lambat. Budak-budak..tau tau saja lah kalau tak ada siapa yang mengawasi. Hujung minggu dia datang dalam 2 -3 jam. Dia mintak izin umi bawak anak-anak dia ke sini sebab katanya tak ada orang nak tengok-tengokkan. Umi tak kisah. Kesian jugak tengok dia kena kerja nak sara anak-anak dia. Suaminya dah 5 tahun meninggal dunia." Laila mengangguk. Langkah puan Zahra ke meja empat segi comel yang terletak di tengah-tengah ruang dapur basah dibuntuti. Kerusi kayu ditarik dan puan Zahra dilihat melabuhkan duduk. Kerusi kayu bersebelahan puan Zahra ditarik perlahan. Cermat. Dilabuhkan punggung.


"Umi memang tak ambil pembantu rumah warga asing. Macam-macam hal sekarang ni buat umi jadi bimbang. Bukanlah kita tuduh semua ada niat tak baik..tapi kita ni takut jugak. Hati orang kan. Manalah kita tau. Pembantu rumah umi yang lama, Zainun dah balik ke kampung. Lama dia dan suaminya dengan umi sekeluarga. Dari Wazif sekolah rendah lagi. Katanya nak usahakan tanah peninggalan arwah suaminya dengan ahli keluarga dia yang lain. Umi pun tak halang. Tak apa la. Mungkin itu yang terbaik untuk dia."


Laila angguk. Setuju. Bermacam-macam berita perihal pembantu rumah asing yang dilaporkan di akhbar membuatkan segelintir majikan jadi bimbang dengan keselamatan mereka. Lebih-lebih lagi jika ada anak-anak yang masih kecil yang perlu ditinggalkan bersama pembantu berkenaan di kala mereka keluar bekerja.


"Laila..."


"saya, umi."


Mata mereka saling memandang.


"Umi nak Laila tahu, Wazif tiada kaitan langsung dengan hal pertemuan umi dengan Laila dahulu. Semuanya bermula dari umi. Wazif tak terlibat langsung pun. Umi harap Laila tak fikir-fikir apa-apa tentang itu. Umi tiada niat langsung pengaruhi Laila untuk maafkan Wazif. Itu yang Wazif paling takutkan bila dia akhirnya tahu umi berjumpa Laila tanpa pengetahuannya dan makin rapat dengan Laila."


Laila angguk. Tersenyum. "saya faham. Umi jangan bimbang. Mungkin ada hikmah kita dipertemukan terlebih dahulu..kan. Sekurang-kurangnya hati saya ni dah lega sangat..betul-betul lapang sebab saya dah kenal umi terlebih dahulu. Seronok sebab rasa takut dan bimbang tu dah tak ada lagi." Puan Zahra mengangguk. Senyuman kedua-duanya erat bersatu.Tadipun sewaktu dimeja makan puan Zahra sudah menjelaskan perkara ini dan encik Hanafiah juga telah memberitahu hal tersebut tiada kaitan dengan Wazif kerana sememang tujuan asal puan Zahra ke sana ingin mencari hadiah korporat seperti yang diminta encik Hanafiah buat teman baiknya. Dan Laila pula menjelaskan dia sedikitpun tidak berprasangka yang bukan-bukan terhadap puan Zahra mahupun Wazif walaupun pada awal-awal kedatangannya tadi tidak dinafikan Laila memang sungguh terkejut bila mendapati puan Zahra yang sangat dikenali dan begitu akrab dengannya itu malahan sudah dianggap bagaikan uminya sendiri rupa-rupanya adalah umi Wazif.


"Umi yang sebenarnya kan memang nak jumpa sangat dengan gadis yang anak umi cari bertahun-tahun lamanya. Tapi Wazif tak pernah benarkan. Dia tak mahu nanti umi pujuk Laila. Dia tak mahu nanti umi cerita segala tentang apa yang berlaku sebenarnya untuk dapat simpati. Dia tak mahu Laila maafkan dia kerana kasihankan umi. Tapi hakikatnya umi nak sangat kenal peribadi gadis yang sering sangat dipuji anak umi...gadis yang dipuja-puja anak umi sekian lama. Bila walid Wazif minta umi ke Karyaaneka seolah-olah hajat umi dimakbulkan. Itu yang menjadi sebab pertemuan pertama kita dahulu. Dan lepas kenal rapat dengan Laila, umi faham kenapa Wazif sukakan Laila. Gadis bernama Fahratul Laila didepan umi ni memang istimewa orangnya." Tangan Laila dicapai dan digenggam. Laila menundukkan kepala sedikit. Terharu dan malu dipuji sedemikian rupa. Dirinya cuma gadis biasa sahaja. Tiada yang istimewa tentang diri Laila.


"Laila..."


"saya,umi."


"kami dah bincang tentang hal Laila dan Wazif. Kami memang gembira sangat dengan niat Wazif nak ambil Laila jadi isteri dia. Umi dan walid memang mendoakan hasrat Wazif dari dahulu lagi. Soal umi dan walid Laila tu janganlah bimbang sangat. Wazif dah ceritakan semuanya pada umi dan walid. Kami sedikitpun tak salahkan Laila dalam hal ni. Bagi umi dan walid Laila ada sebab yang kukuh untuk buat keputusan sedemikian. Laila terikat dengan lafaz janji yang tak mungkin boleh dimungkiri. Laila lakukan demi masa depan seorang insan kecil yang perlukan pembelaan. Aya Sofya juga ada hak untuk menikmati hidup ini biar siapa dan apapun latar belakangnya. Umi bangga dan kagum dengan Laila. Hati Laila tulus."


Laila melepaskan keluhan kecil. Wajah umi dan walid yang sekian lama tidak ditemui terlayar di mata.


"entahlah umi. Laila pun tak tahu nak cakap apa. Hati Laila ni Tuhan sahaja yang tahu. Semua rasa yang ada dalam hati Laila ni Dia sahaja yang faham. Laila memang sangat nak jumpa umi dan walid Laila..tapi..." Bicara Laila terhenti. Bibir diketap. Ada rasa sedih yang menjalar di jiwa.


Tangannya dielus-elus lembut.


"Umi dapat rasa mereka pun nak sangat jumpa Laila. Dah bertahun-tahun mereka tak jumpa anak tunggal mereka ni kan,hmmm. Mesti mereka pun rindukan Laila. Wazif pun dah beritahu umi yang dia akan pergi jumpa umi dan walid Laila untuk beritahu hasrat dia memperisterikan Laila. Umi pun memang tahu Laila mesti nak sangat jumpa mereka kan. Pulanglah. Jumpalah mereka,hmmm. Umi akan doakan yang baik-baik buat Laila dan Wazif. Restu orang tua tu penting dalam kehidupan kita,sayang. Ingat pesan umi ni ye. Moga hasrat Laila dan Wazif akan direstui mereka,insyallah."


Tangannya yang digenggam diperkemaskan lagi genggamannya. Kepala mengangguk perlahan. Ada rasa sayu yang menjengah di dinding jiwa mendengarkan tiap-tiap bait kata puan Zahra. Ingatan dan rindu pada umi dan walid tidak pernah sekalipun sirna dari hati. Hanya dia tidak punya kekuatan untuk menjejakkan kaki ke tanah kelahirannya semula. Dalam hati dipanjatkan kesyukuran dipertemukan dengan insan-insan berhati mulia seperti puan Zahra, encik Hanafiah juga Wazif. Ya, terutamanya lelaki itu.


"Laila..."


Kepala diangkat perlahan. Senyuman puan Zahra tersenyum.


"Laila, ais krim sedap taw. Rugi Laila." Mata puan Zahra dikenyitkan. Cuba menceriakan suasana antara mereka. Dia tidak mahu bakal menantunya ini terbawa-bawa dengan rasa sedih. Malam ini malam bahagia buat mereka semua. Puan Zahra mahu Laila rasa gembira dan bahagia di kelilingi insan-insan yang begitu mengasihi dirinya. Redup wajah menantunya ini ditatap tunak.


Senyuman dibibir Laila menguntum tanpa sedar saat diusik kata-kata lucu oleh puan Zahra. Peristiwa tadi kembali menebarkan wajahnya. Wajah tampan Wazif terlayar di ruang mata.


"kenapa tak makan lagi ais krim tu,hmmm. Ke nak saya suapkan." Wazif mengacah mahu menyuapkan ais krim yang disudu dari pinggan ke mulut Laila. Kepala pantas menggeleng. Laila gigit bibir. Ketawa kecil umi dan walid Wazif dihadapan membuatkan pipi berbahang. Pinggan dihadapan tunak ditenung. Tidak berkelip. Dada makin kencang berdegup. Minda laju memikirkan cara untuk dia mengatasi masalah besar yang sedang dihadapinya saat ini. Besar? Ha laa, memang BESAR!


Kalau apple pie sahaja tadi kan dah selamat. Boleh sahaja direka idea yang hebat pada lelaki dihadapannya ini. Memang idea itu sudah di hujung jari kala matanya singgah pada apple pie buatan puan Zahra yang begitu menggiurkan sekali. Betullah awak cakap tu. Saya memang cakap tak makan apple pie. Tapi ayat saya pada awak dahulu tu tak habis sebenarnya. Saya tak makan apple pie yang dijual di kedai. Saya makan homemade apple pie je. Itu memang favourite saya. Macam yang umi buat ni, sedap!..Habis, ais krim ni...macammana nak settle, Laila?


Aduh..ais krim ni, kacaulah...


"ais krim ni...saya..saya sebenarnya..." Wazif dilihat menguntum senyum. Puan Zahra dan encik Hanafiah dilihat turut memaku pandangan padanya. Aduh!


"sebenarnya apa tu,hmmm..." Wajah Wazif yang makin mekar senyumnya sukar difahami maksudnya oleh Laila. Dia dah tahu ke...Habis lah kau, Laila!


"saya sebenarnya tak makan ais krim..." Wazif terus tersenyum. Matanya sengaja dikelip-kelipkan memandang Laila. Mahu mengusik Laila. Akhirnya mengaku jugak ye cik Laila. Nanti, nanti belum habis lagilah, Wazif. Cuba attack dia lagi, tengok macammana dia patahkan hujah kau. Tengok sejauhmana bijaknya calon isteri encik Wazif ni hehehe...


"eh, tapi setahu saya cik Laila cakap pada encik Wazif ais krim tu favourite cik Laila kan. Semua flavour pulak tu. Betul kan, cik Laila. Saya rasa encik Wazif tak silap dengar. Lain lah kalau cik Laila memang nak tipu encik Wazif. Wah, ini sudah boleh kena dakwa. Ada kes ni. Memutarbelitkan cerita dan membuatkan pihak lain keliru. Salah ni cik Laila."


Eleh!..owh, mahu main mahkamah mahkamah kat sini ye encik Wazif. Cik Laila ok je..


"Saya tak tipu encik Wazif, encik peguam. Betul...memang saya suka ais krim, suka sangat-sangat...semua flavour saya makan...tapi itu, masa saya kecik-kecik dahulu sahaja. Masa zaman kanak-kanak. Bukan sekarang. Pertanyaan encik Wazif tu umum sangatlah encik peguam. Tak ada tempoh masa yang dia berikan. Jadi saya cakaplah perkara tu dari mula. Dan untuk masa sekarang saya memang tak makan ais krim lagi. Cuma cerita saya pada encik Wazif dahulu tu..."


"tak habis,hmmm?" Wazif menggeleng. Senyum.


"ya, betul encik peguam...saya tak habis cerita pada encik Wazif. Itu cerita sebenarnya." Ais krim di piring Laila yang mulai cair pantas disudu. Wajah manis Laila ditatap. Ketawa yang hampir terburai ditahan. Laila dilihat tersenyum kecil.


"pandai ye awak kenakan saya. Bijak sungguh cik Laila saya ni. Hebat berhujah. Berpusing sana sini ye."


"tak ada la. Mana ada saya kenakan awak. Cuma saya tak habis cerita pada awak sahaja. Cuba tanya umi dan walid. Mana ada unsur -unsur Laila kenakan Wazif dalam hal ni. Betul tak umi..walid?" Mata Laila dihalakan pada kedua-dua orang tua Wazif. Kedua-dua menguntum senyum memandang Laila dan Wazif silih berganti.


Puan Zahra angkat kening pada Wazif sebelum kembali memandang wajah ayu disebelah anaknya itu. Suami disebelah ditoleh. Sejak tadi dia hanya menjadi pemerhati gelagat Laila dan Wazif yang dirasakan begitu mencuit hati. Tidak disangka boleh juga kedua-duanya bergurau begini.


"macammana encik peguam pemerhati? Ada komen nak beri pada kedua-dua plantif dan defendan sebelum mahkamah buat keputusan. Silakan."


Encik Hanafiah tersenyum. Ketiga-tiga wajah yang sedang memandang padanya ditatap satu persatu sebelum kembali memandang Laila. Senyumannya makin lebar tika memandang wajah bakal menantunya ini.


"cik Laila, agak-agaknya kan bila boleh cik lapor diri di Hanafiah & Co ye. Saya perlukan peguam yang hebat mengelecek macam cik ni tau. Encik Wazif ni kaki bangku. Saya nak awak asah skill dia bagi hebat macam awak, baru boleh score gol tiap kali close case. Boleh cik Laila?"


Pecah ketawa kesemuanya saat ayat tidak disangka-sangka itu terluncur keluar dari bibir encik Hanafiah. Puan Zahra paling kuat ketawa. Wazif toleh memandang Laila yang ketawa manis. Diangkat kedua-dua ibu jari ke atas sambil mengenyitkan mata.


Mata Laila tersenyum bahagia memandang puan Zahra di hadapan. Genggaman tangan terus dipereratkan.


Terima kasih Tuhan kerana mengurniakan mereka sekeluarga buat hambamu ini..

5 comments:

aisy said...

hidup laila dh makin ceria...

zawani mukhtar said...

beshnye, happy family

sue said...

Cik Laila tu dulu... MASA KECIL nak jadi peguam ... tapi bila besar terlebih berseni pulakkkk.... hehehe...
Wazif dan keluarga terlalu sayang Laila....
semoga Laila dan Wazif tabah menghadapi keluarga Laila pula.....

IVORYGINGER said...

yoo... i like tis part so much. How happy Laila when been accepted by wazif family. such a really understood parent. wish all the best for Laila n Wazif when they return to Laila parent house. Hope both of them accept to the house.

Ad_dEen said...

sambung lagi...
tq..