Thursday, May 17, 2012

Mr Sirap Bandung - Bab 1

Bab 1
Granville St, Vancouver...

Samsonite Silhouette yang tersandar takzim di tepi birai katil ditatap. Nafas dihela perlahan. Tubuh yang berlabuh di katil ditegakkan. Kaki melangkah ke jendela. Dikuak langsir putih. Mata menyusuri suasana di kejiranan yang tenang. Sejak lima tahun, disinilah dia menjadi permastautin. Di sinilah kampung halamannya. Dia tenang melayari hidup sendiri di sini. Tiada gangguan. Tiada peraturan. Peraturan yang melemaskan jiwa!

Tangan menyeluk poket jean. iPhone ditatap. Suara mummy seakan-akan terngiang-ngiang kembali. Dipejamkan mata seketika sebelum dibuka. Dilepaskan keluhan. Perlahan. Ahh, mummy. Rayuan dan tangisannya buat dia serba-salah. Menolak bermakna dia melukakan hati mummy yang sangat dia sayang. Bukan tidak pernah mummy merayu padanya selama ini. Saban masa tapi dia kentalkan hati. Tidak mahu tergoda dengan rayuan mummy namun rayuan mummy kelmarin buat hatinya jadi resah. Hatinya jadi sayu dengar mummy menangis. Dan dia dapat rasakan tangisan mummy semalam berlainan sekali nadanya. Mummy benar-benar mahukan dia balik ke Malaysia kali ini.

"Qif...mummy is begging you. Please, sayang. Daddy tak sihat kebelakangan ini. Mummy risau."

"Mummy. Granville is my home."

"sayang, please. Qif tak kasihankan daddy ke?. Just forget what daddy has said earlier. Daddy tak maksudkan macam tu. Qif tahukan daddy sayangkan Qif. Kalau mummy dan daddy buat salah pada Qif, kami minta maaf, sayang..tapi tolonglah balik, sayang."

"why Qif,mummy?"

"sebab mummy dan daddy hanya ada QifHanya Qif satu-satunya anak mummy dan daddy."

Khali.

"Qif balik ye,sayang. Mummy tunggu. Mummy dah uruskan agent di sana hantar tiket pada Qif."

Balik?..

Balik bermakna menerima segala peraturan yang bakal mengikat diri. Dia akan terikat dengan segala peraturan mummy dan daddy yang sangat veto. Dia bukan mahu melawan tapi dia sangat sangat tidak selesa. Itu antara sebab dia berkelana jauh ke benua ini. iphone ditangan ditatap lagi. Ditekan butang memanggil sebelum dibawa ke cuping.

"Mummy..."

"sayang...Qif akan balik kan. Please sayang."

"I won't cut my hairs. Tell daddy not to question me on this."

"ok ok. Mummy will make sure daddy wont touch this issue again, sayang."

" No drivers for me."

"Sayang you are going to be the CEO of Kiara Arena Holdings. Takkan sayang nak jumpa client or pergi meeting naik benda tuh? Kan tak selesa.Lagipun kena jaga imej Qif juga kan,hmmm."

"mummy..." Ditekan sedikit nada. Dia perlu mempertahankan haknya. 

"ok ok. As you wish, sayang."

"no more match-making session. Enuff. I don't like it, mummy. I've my owned taste."

"iye, mummy faham. Mummy takkan campur lagi. Up to you wanna choose who. As long you agree to comeback, sayang."

"Good."

"Qif balik ye, sayang."

"hmmm..." Dimatikan gajet sebelum dilemparkan kedalam poket jeans.

Pintu bilik diketuk sebelum daun pintu dikuak dari luar.

"sir, your taxi to Vancouver International Airport is here."

Bibir ukir senyum segaris seraya kepala mengangguk. Wajah mummy terlayar di mata.

Malaysia..i am coming home!
* * * * * * *
Tukkk!Tukkk! Tukkkk! Tapak tangan Teja deras menghempas muka pintu bilik air.

"abang chik ooi! Cepat ler mandi tuh, adik nak mandi pulak ni. Jangan nak sambung mimpi dalam bilik air tu pulak. Karang kak Ja karate pintu ni pecah dua baru tau. Dah pukul lima nih. Nanti lambat lagi macam semalam sampai terlepas bas.  Bas tu bukan tunggu awak.  Awak tu yang kena tunggu bas. Nak kak Ja jadi raksaksa pakai helmet lagi ker haa." Peristiwa pagi semalam segar di fikiran. Gara-gara Taufik terlelap didalam bilik air dia menghentakkan helmet ke pintu bilik air demi mahu mengejutkannya setelah usaha mengetuk pintu dengan cara biasa tidak berjaya. Dan yang buat Teja sakit jiwa, bila bilik pintu dibuka Taufik boleh dengan muka selamba keluar sambil menyatakan Teja patut menyarungkan helmet itu ke kepala dan menghentakkannya ke pintu bilik air dari awal, suara Teja kan dah macam raksaksa ditambah dengan hentakan helmet pasti dia sudah boleh terjaga awal. Eei, sabar sahaja bila berurusan dengan adiknya yang satu ni. Ada sahaja katanya yang boleh buat darah naik mencanak. Teja bersandar di pintu bilik air. Dilekapkan telinga ke dinding pintu. Terdengar ketawa kecil di bawah. Teja alih mata. Menjunam ke bawah. Rafifah yang berselubung tuala cekap menekup mulut. Amboi, suke ek. Betul betul Kak Ja jadi raksaksa karang baru padan!

"orang mandi la nih kak Ja. Jap lagi orang kuar laa."

Teja hela nafas. Mata masih merenung pintu bilik air yang berkunci dari dalam. "Jangan nak kelentong. Kak Ja tak dengar pun bunyi air jatuh. Mandi apanyer macam tuh. Mandi bujang lapok tu ker."

"Orang bukan geng bujang lapok laa kak Ja. Orang cuma tak jatuhkan air je...orang pakai lap. Jimat air. Sekarang air mahal tau tak. Tak baca Strait Times ke kak Ja ni."

Amboii mulut, tak padan dengan badan...nak kena cili dia nih!

"sudah, jangan banyak cekadak abang chik. Mandi cepat. Adik dah tunggu depan pintu nih. Sian dia. Kak Ja nak masukkan kuih-kuih dalam bekas. Kalau lima minit lagi abang chik tak keluar,Kak Ja memang confirmed karate pintu bilik air ni sampai roboh. Dengar tak nih?"

"yes Madam!!!"

Ada bunyi ketawa yang tertahan. Teja toleh memandang ke bawah. Rafifah sedang mengepung ketawa dengan kedua-dua tapak tangan.

"apa ketawa-ketawa. Gigi awak tu dah rongak tau. Ketawa kuat-kuat nanti tercabut...haa sudah jadi peristiwa penting dalam sejarah hari ini. Gigi tercabut gara-gara terlebih ketawa...hahahaha."

"kak Ja ni mana ada orang ketawa sampai tercabut gigi laa. Nak tipu tu buat cerita logik sikit. Tu cerita yang tak diterima oleh mana-mana balai polis tau."

Teja menggeleng kepala. Ada je jawabnya. Kaki menghayun langkah ke ruang dapur yang sempit. Dulang berisi karipap yang sudah siap digoreng dan sudah mulai suam dihampiri. Bekas plastik empat segi jernih sederhana besar yang sudah siap di isi kuih ketayap, lapis, seri muka dan talam gula merah ditepi meja disusun bertingkat.  Kuih keladi dan cucur badak yang ditempah oleh pelanggan makcik Aini diasingkan dalam bekas yang lain. Tangan mencapai bekas plastik empat segi kosong yang ditengah meja. Dimasukkan karipap yang sudah suam suhunya ke dalam bekas tersebut. Disusun kemas dan berhati-hati. Jari-jemarinya yang kurus runcing pantas menyusun bekas-bekas kuih yang sudah siap ke tepi meja. Disusun bertingkat.

"Ja..." Suara lembut abah yang menyapa cepat melintasi cuping. Mata menoleh pada kerusi roda yang sudah takzim di muka pintu dapur. Didekati tubuh kurus yang tenang duduk di atas kerusi roda tersebut. 

"Ya, abah. Abah nak ambik wuduk ye.." Kepala pakcik Ismail mengangguk. Senyum. Kerusi ditolak perlahan dan penuh berhati-hati ke pintu bilik air. Tangan menarik getah paip berwarna jingga muda lalu dihala ke tepi kerusi roda. Diputar kepala paip perlahan-lahan. Tapak tangan abah sudah berada di bawah salur getah. Menanti aliran air untuk memulakan wuduk. Azan dari masjid sudah berkumandang.

Teja bimbit beg plastik besar berwarna kuning dan plastik merah berisi beberapa bekas plastik jernih empat segi sederhana besar ke depan muka pintu. Diletakkan di situ sebelum kembali semula ke ruang makan di tepi dapur yang sempit.  Rafifah dan Taufik yang sudah lengkap berbaju sekolah mengucup tangan pakcik Ismail yang duduk di meja makan lalu menuju ke pintu. Tangan pantas mencapai kasut bata di rak kasut yang terletak di tepi pintu. Kedua-dua duduk didepan pintu sambil menyarungkan kasut. Ikatan tali kasut diperkemaskan. Kedua-dua biji beg yang sedia tersandar di tepi dinding sebelah pintu dicapai lalu disandang ke belakang. 

Teja capai tangan pakcik Ismail. Dikucup seperti lazimnya."abah, nasi Ja dah masak. Nanti bila abah nak makan, tekan butang periuk tu untuk panaskan ye. Mak lang datang macam biasa tengahari nanti. Lauk-lauk Ja dah siap masak. Ada atas dapur. Nanti mak lang panaskan ye. Apa-apa abah telefon Ja ye. " Pakcik Ismail yang sudah selesai bersarapan mee goreng yang dimasak Teja awal pagi tadi menggangguk faham. Inilah rutin dirinya sejak menjadi penghuni kerusi roda ini empat tahun dahulu. Tejalah yang menyiapkan segala-galanya sebelum ke tempat kerja. Memastikan segala keperluannya sudah siap tersedia. Pakcik Ismail sering mengingatkan dirinya betapa dia beruntung dikurniakan anak sebaik Teja.  Anak sulungnya ini sekarang adalah ketua keluarga. Dialah yang mencari rezeki buat mereka di rumah ini. Bekerja dan disamping itu turut menjual kuih demi menambah pendapatan buat menampung perbelanjaan bukan sahaja untuk dirinya sendiri tetapi juga buat pakcik Ismail, Taufik dan Rafifah.

Teja tolak kerusi roda ke muka pintu. Dicapai kasut kungfu hitam yang berada diatas rak. Diletakkan ke bawah lalu disarung. Beg kain warna hitam disandang ke bahu. Helmet disarungkan ke kepala yang sudah lengkap bertudung bawal biru tua. Taufik dan Rafifah sudah ketawa. Teja renung wajah kedua-duanya.

"apa gelak- gelak?"

"kak Ja tu la. Apa la pakai helmet depan pintu. Kat bawah nantilah pakai. Motor kat bawah la kak Ja....bukan kat depan pintu rumah kita ni."

"eh..tu la abang chik tak tahu. Pakai helmet awal-awal ni banyak faedahnya tau." Pakcik Ismail menggeleng. Tersenyum. Teja ni selalu sahaja buat mereka terhibur dengan gelagat-gelagat peliknya.

"faedah apa?" Taufik mencebik. Rafifah sengih terus.

"eh, karang kita jalan-jalan turun tangga buatnya ada yang sapu sampah ke bawah. Haa dah jatuh sampah tu kat muka dan tudung kak Ja ni. Jadi dengan adanya helmet ini dapatlah melindungi muka kak Ja yang cun gebu dan putih mulus ini dari dicemari sampah." Taufik terus mencebik. Rafifah tunjuk aksi bagus sambil kenyit mata. Pakcik Ismail terus menggelengkan kepala. Macam-macam Teja ni. Salam dihulur oleh ketiga-tiganya pada pakcik Ismail sebelum melangkah turun ke tangga. Teja lambai tangan pada abah yang masih takzim didepan muka pintu. Flat lima tingkat ini sudah lebih 20 tahun dihuni mereka sekeluarga dari sejak arwah ibunya mula-mula berkahwin dengan abah.

Teja memberhentikan Kriss di tepi simpang jalan. Beg plastik kuning dibimbit cermat sambil kaki melangkah deras. Gerai makcik Aini dituju. Salam dihulur lalu beg plastik kuning bertukar tangan.

"ada kuih-kuih yang makcik pesan tu, Ja?"

Kepala yang masih berbalut helmet hitam fesyen askar Jerman bak kata abang chik mengangguk." ada makcik. 200 semuanya kan. Campur yang biasa 200 juga. Ja dah asingkan. Ada dalam plastik tu semuanya." Makcik Aini senyum. Teja ini memang cekap budaknya. Sampul ditangan dihulur pada Teja. Senyum berbalas. Anak gadis ini begitu dikagumi semangatnya. Jika dahulu dia berurusan dengan arwah ibu Teja, kini gadis ini yang mengambilalih membuat dan menghantar kuih-kuih di gerainya. Teja hulur salam sambil meminta diri mahu meneruskan perjalanan ke pejabat.

* * * * * * *
"nanti..nanti..." Tubuh pantas diloloskan masuk kedalam perut lif. Fuh, nasib baik sempat lompat masuk. Teja lepaskan nafas. Helmet ditangan kanan dan plastik merah ditangan kiri berisi kuih-kuih yang ditempah jabatan perhubungan awam semalam menyukarkan dia mahu menekan butang lif. Teja terkial-kial mahu menekan butang lif menggunakan hujung jari kelingking. 

"which floor, miss?"

Oit..ada orang tegurlah, Teja. Tengok tengok cepat!

Suara tenang perlahan yang menyapa telinga buat wajahnya yang menunduk dari tadi spontan berdiri bagaikan tiang bendera. Dahi berkerut melihat wajah bertentangan. Hmm, rupa boleh tahan, kurang sikit jer lah dari biskut lemak lemau. Boleh tahan JER kau cakap...ni memang confirmed rangup la, Teja. Rangup macam muruku kak limah tingkat 5 yang meletop tu. Mata Teja memandang sekilas lagi. Lelaki berkulit cerah, wajah bujur sirih. Hidung mancung. Perhh, ikat rambut tuh...macho beb! Mata terhenti pada jaket kulit warna hitam yang tertera logo Ducati yang tersangkut di lengan kiri. Fuhh, Ducati tu..giler mahal tuh! Hati berbisik.. Eh,eh nanti tak boleh bagi gred lelaki macho lagi kat mamat ni. Mata singgah pada kemeja lengan panjang yang tersarung di tubuh. Aduh, apa kes pakai kaler ni pulak. Jaket dah cun. Kansel lah...macho apa kalau pakai kaler tuh!

"Ehem...miss...which floor?"

Teja kelip mata beberapa kali. Wajah lelaki yang berdiri setentang ditatap sekilas. Air liur ditelan. Deheman itu buat Teja tersipu. Issy, Teja ni yang mata gatal pergi belek orang kat depan ni buat apa, kan dah kantoi!

"err..lapan belas." Lelaki dihadapan dilihat tersenyum. Eh, dia ada lesung pipit la, Teja. Sweetnyer...nape tak perasan tadi ek....tapi issy, kaler tu bikin kacau pandangan lah kenn.

"working here?"  Teja angkat kening. Dia ni speaking memanjang. Tak reti cakap melayu kut gamaknya. Mata tak pun biru. Muka melayu. Wajah itu dipandang lagi. Memang boleh tahan jugak muka dia ni sebenarnya kan. Dan memang akan ganda dua boleh tahan kalau dia tak pakai baju kaler tu. 

"miss?"

"err..iye? awak cakap apa tadi?"

"you're working here?"

"ha'a." Kepala Teja diangguk.

"i see."

Apasal aku tak tanya dia pulak kan. Mana aci nih.  "err..awak pun keje sini ke?"

"yup."

"ooo...tak pernah nampakpun awak sebelum ni."

"my first day."

Bibir Teja membentuk huruf O sambil kepala mengangguk. Budak baharu, patutlah..

"awak masuk department mana."

"err.."

Mata Teja meneliti kembali dari atas ke bawah susuk tubuh setentang. Dan lelaki itu senyum sahaja dilihat. Dia ni memang suka senyum ekk. Lawa la bro lu punya lesung pipit..hehehe. Oit Teja, apa kes gatal pepagi ni haa...

"haa..mailing ek? Awak despatch baharu  tu kan? Betul kan?"

Senyum. Dianggukkan kepala. Teja turut senyum. Gembira tekaannya tepat. Memang minggu lepas uncle Taslim, penyelia despatch itu beritahu Teja ada despatch baru akan masuk melaporkan diri minggu ini.

"eh.." Teja pandang butang lif dan mendongak kepala ke atas memang lampu lif yang bergerak. "awak kan dah salah tingkat ni. Kenapa tekan 25. Mailing centre tingkat 11. Diaorang tak cakap ke masa suruh datang lapor diri hari ni. Awak kena tahu,  25 tu pejabat big boss. Ha'a jangan salah naik. Nanti, free je kena jeling +maki dek si itik seksi tu. Eei, tak kuasa!"

"itik seksi?"

"sekretari big boss tu. Jangan main-main. Dia tak suka tau staf-staf bawahan macam kita ni naik ke sana. Kunun bukan kelas dia lah. Eleh, tak ingin pun nak naik. Apa kes nak jumpa big boss. Dia pun bukan kenal staf bawahan macam kita ni." Lelaki itu Teja lihat terus tersenyum.

Lif sudah berbunyi kala lampu sudah menyala di tingkat 18. Pintu sudah terbuka. Teja melangkah keluar. Diucapkan terima kasih pada lelaki yang masih didalam lif kerana membantunya menekan butang lif. Dipesan sekali lagi agar jangan sesekali melangkah ke tingkat 25 kalau tidak mahu dimaki percuma.

"miss..miss.."

Teja yang sudah melangkah berhenti. Menoleh.

"ye.."

"your name?"

"nama saya? Awak tanya nama saya?"

"hmmm.." Kepala diangguk. Senyum kecil.

"nama awak?"

"err..Man. Just call me, Man." Teja angguk. Man despatch baru. Ok simpan masuk kepala.

"you?"

"Teja."

Senyum berbalas. 

Teja..

Hmmm. Nice meeting you, Teja... 

9 comments:

aisy said...

mesti pkai bju warna pink sirap bandung..:D

mizz acu said...

Wooooo.. Interesting intro! ;)

RinsyaRyc said...

x nak gunting rambut... rasa nak tau berapa pnjang rmbut dia.. heheehe

teja bleh tahan miang dooh pi tilik anak bujang org ... hahahaha!

nzlyna'im said...

kuccfeb K...lagi baru ..mantop..nak lagi lagi..ahakkk

sriputra1101 said...

intro yg menarik

sue said...

.... Boleh tahan juga Teja tu.....
.... X sombong juga new Big Boss tu
.... Jap lagi jumpa dengan itik miang...
permulaan yang bestttt....

Eijan said...

Wah awal2 qif dan teja dah berkenalan....sgt teruja dgn citer ni....drp tajuk mcm citer komedi romantik je...kucc sy suka semua citer2 awk.....

maisarah said...

sambung..sambung..

cerita yg menarik :)

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.