Wednesday, July 17, 2013

13 Ros Merah - Bab 19


Bab 19
"BIAR JER LA BENDA TU TINGGAL KAT SINI. Bukannya dia nangis pun kalau kena tinggal." Mata kerling sekilas ke meja kerjanya. Gelagat Ekin yang yang tersengih-sengih membelek jambangan ros merah yang diterima pagi tadi buat Damia rasa nak luku jer kepala Ekin. Tak habis-habis belek benda merah tu dari tadi. Tah apalah yang menarik sangat gamaknya dengan benda merah tu. Huh! Damia bukak kunci loker. Tangan tarik beg sandang lalu diselempang beg ke tubuh. Loker dikunci dan ditarik kunci lalu dihumban dalam poket kecil dikiri beg. Diperiksa sekali lagi peti simpanan untuk pastikan ia berkunci. Wang jualan hari ini sudah siap disemak transaksinya tadi usai kedai ditutup pintunya oleh Ekin. Damia simpan dalam peti keselamatan dengan disaksikan Ekin. Pagi esok nanti barulah akan dimasukkan ke bank. Itu memang rutin di APAC. Mereka berdua kena buat shift fullday hari ni sebab kak Dina farmasi cuti sebab adiknya berkahwin. Dua budak jurujual yang baharu masuk kelmarin tu pulak duduk jauh. Tak sampai hati Damia nak mintak diaorang kerja dua shift hari ini. Bila Ekin tawar diri untuk buat fullday sebab nak tolong Damia Damia dah lega. Kalau tidak, mampus la dia keje sorang-sorang malam ni. 
   Mata kerling balik ke arah Ekin. Issh..tak sudah-sudah lagi. Tersengih-sengih daripada tadi. Damia geleng kepala. Gua rasa lah ada kuasa mistik gamaknya benda merah ni. Jambangan bunga ros merah yang terdampar dimeja dan sedang dibelek-belek oleh Ekin dibiarkan sahaja. Ah, tak kuasa gua nak bawak balik benda merah ni. Karang sah-sah gua kena gelak tahap rollercoster dengan Pot sebab dapat bunga daripada makhluk asing nama IFF. Apa punyer giler lah makhluk asing ni ek. Pergi la hantar bunga kat sesama spesies lu. Yang bengong hantar kat gua apa kes. Gua bukan puak lu aar. Gua takder feel la kat makhluk asing.
  "Weh, Ekin...dah, jom keluar. Sudah sudahlah belek benda tuh. Bukan boleh tukar jadi mas seketul pun."Damia putar tombol pintu bilik pejabat kecil dibelakang. Mata hala kat Ekin yang masih tak sudah belek jambangan bunga ros merah. Tangan terhenti putar tombol. "Ni apa kes tak sudah-sudah mengulit benda tu. Taknak balik ke?" Kepala Damia menggeleng tengok Ekin yang masih leka menghala jambangan ke kiri dan kanan. Langsung tak beri respon kat Damia. Dengusan kecil terhempas. Yang dikelek benda merah tu daripada tadi apa kes. Kena rasuk haper. Mental betul Ekin ni.  Baik gua sedarkan budak ni sebelum terlambat. "Ekin sudah sudah la belek kelek benda tu. Kena pukau dengan semangat kod nama IFF tu nanti baru naya." Ekin muncung bibir. Mata dikelip rapat seketika."Lantak la ko Ekin.  kak D dah penat tahap nampak tilam dua belas tingkat jer kat bijik mata dah ni. Kalau Ekin tak nak balik, Ekin tinggallah. Tidur je peluk benda merah tu kat sini. kak D nak chow."Damia putar balik tombol pintu.
  "Eh eh..nanti nanti dulu kak D." Tangan Damia laju ditarik Ekin. Bebola mata Damia diangkat menjunam ke wajah Ekin. "Kak D..jangan mengada ek. Nah, ambik ni. Bawak balik!"Jambangan ros merah ditangan Ekin hulur kepada Damia. Bila Damia diam tak beri respon tangan Damia ditarik dan jambangan diletakkan Ekin diatas tapak tangan Damia. "Orang cakap bawak balik ek, jangan banyak cekadak. Tak baik tau buat macam ni. Dan untuk pengetahuan kak D..."Ekin kelip-kelip mata. Sengih. "yang ni namanya bunga. Bunga ros merah. Omputih cakap red rose. Bukan benda tau..no no.." Jari telunjuk laju digoyang didepan muka Damia yang melebar cebik. Ekin jegil mata. " Kak D tau tak kalau namanya benda, dia tak hidup. Bunga ni hidup. Akak ni subjek sains kantoi ek dulu. Dan..dan mana kak D tau bunga ni tak nangis kena tinggal. Tah..tah dia sedang sedih sekarang sebab sampai hati kak D tinggalkan dia dalam pejabat yang gelap ni." Kening Damia naik setangga. Ni apa kes nak provok gua rasa bersalah lak pasal bendaalah merah ni. Gua backhand Ekin ni karang.  Mata Damia renung jambangan ditapak tangan. Ni semua pasal makhluk IFF tu la ni. Issh..gua kalau jumpa makhluk asing tu memang gua sumpah dia jadi mesin pemotong pisang!
 Damia hulur semula jambangan ke arah Ekin yang tercegat didepan."Ah, tak kuasa la nak bawak balik benda merah ni. Tah saper saper mangkuk sesat yang bagi. Ekin nak, Ekin jer yang bawak balik."
  Ekin jegil bijik mata. "Kak D..tak baik tau. No. Bawak balik jugak. Bawak, orang cakap!"
  Damia selamba keluar. jambangan ros merah diletakkan ke tangan Ekin. Langkah Ekin laju menonong ikut Damia yang mendahului. Jambangan ros merah dibawa berhati-hati. Issh kak D ni. Degil betul laa. IFF tu bagi akak la bunga ni...bukan Ekin tau tak!
 "Kak D..tak baik akak buat pemberian orang macam ni tau."
  Damia lepas nafas. Dipusing wajah mengadap Ekin dibelakang. "Apa kes pulak yang tak baiknya ni Ekin. Leceh betul budak kecik ni. Dah la, kak D nak balik. Jom keluar. Tinggalkan jer benda tu kat atas kaunter kak Dina." Damia muncung bibir menghala ke kaunter bersebelahan kaunter bayaran. 
 Ekin cekak pinggang. Mata tenung wajah comel bujur sirih didepan yang cukup selamba. Kak D ni memang laa tau. Dapat bunga giler cun macam ni dia boleh buat dek jer. Siap nak tinggal kat sini. Mana boleh!
 "Kak D tersayang yang comel dan kiut miut ...kalau pun tak suka, hargailah sikit pemberian orang. Kesian tau orang yang hantar tu. Dia mungkin nak kawan dengan kak D."
 "Apa barang gua nak berkawan dengan mangkuk makhluk asing nama IFF. Agak-agaklah pun Ekin kalau nak bagi nasihat dan panduan."
  "Kak D ingat tak kak D pernah beritahu kat dulu kat Ekin. Rasulullah cakap pemberian yang baik kita kena terima. Tak baik tolak pemberian yang baik dari orang." Damia lepas keluhan. Kenakan gua balik la ni." Bunga ros merah ni kan pemberian yang baik. Bukan makhluk asing IFF tu bagi akak katak ker, cicak kubing ker."
   Damia tadah tangan. "yelah yelah ustazah. Bak sini." 
   Ekin tayang sengih. Jambangan bunga diletakkan ke atas lengan Damia. Langkah kedua-duanya diatur ke pintu. Ekin toleh ke arah depan sementara menanti Damia mengunci pintu. Mata Ekin bulat saat terpandang sesusuk tubuh yang sedang tersenyum sambil bersandar pada pintu Lexus hitam. Betul-betul diparkir dihadapan APAC. Sengih spontan tersuring. Sebelah tangan melambai sambil sebelah lagi dihala ke tubuh Damia yang sedang membelakangkan mereka dengan kepala diangguk beberapa kali. Iqram dilihat menganggukkan kepala. Makin lebar senyum Ekin. Damia pusing tubuh.
   "Dah jom blah."
   "Ehem..ehem." Ekin sengih terus.
    Damia kerut dahi. Ekin yang melemparan sengihan ditelah dengan wajah hairan "Apahal ni yang tersengih macam kerang kena lelong."
    "Kak D. Tu haa.. ehem ehem kak D dah tunggu." Jari telunjuk Ekin hala ke depan. Sengih masih meniti di bibir. Mata Damia ikut hala yang ditunjukkan Ekin. Dan seraut wajah yang cukup dikenali sedang tersenyum dengan tubuh bersandar di pintu kereta. Dua tangan bersilang di tubuh. Serentak itu juga Ekin yang masih tersengih disiku perlahan. "banyak la ehem ehem." Ketawa Ekin terburai. Mata dibawa semula memandang lurus ke parkir depan. Susuk tubuh yang bersandar di Lexus hitam dikerling.
     Ni satu hal. Apa kes pulak si mata cokolat seksi nih terpacak kat depan APAC. Nak pose seksi apa depan gua. Buang karan betul la lu bro malam-malam pose macam ni. Gua kalau letih-letih ni memang takder feel tau tak. Kaki diayun ke Lexus hitam didepan.
    "Apa awak buat kat sini. Tak balik lagi ke?"
     Bahu Damia ditepuk perlahan. "Issh kak D ni. Ada cakap awak awak kat abang Iqram. panggillah Iq ker..Iqram ker. Sweet sikit. Kan abang Iqram?"
     Iqram senyum.
     "Banyak la kau punya sweet Ekin. Nyibuk jer."Iqram ketawa kecil. Ekin kenyit mata.
      "Tunggu awak."
       Tunggu gua? Apakehal pulak nak tunggu gua ni. Gua takder pun suruh si mata cokolat seksi ni tunggu gua kan."Tunggu saya buat aper?."Damia lurus bertanya.
        "Nak hantar awak balik la, D. Jom." Iqram jala senyum manis. Ekin disebelah Damia  angkat ibu jari. Damia siku Ekin. Selamba. Ekin mengaduh perlahan.
       "Hantar gu..err..saya balik? Sekarang?"
       "Hmmm. Jom."
        Damia garu kepala. "Tapi...saya tak cakappun suruh awak hantar saya balik malam ni."
         Iqram angguk. "Saya tau. Tapi saya yang nak hantar. Bolehkan?"
         "Aw.." 
         "Issh, apa pulak tak boleh abang Iqram. Boleh jer. Kak D pun memang takder transport. Dia nak naik teksi tau abang Iqram. Bahaya tu memalam ni kan." Ekin laju menyampuk sebelum sempat Damia memberi jawab. Damia kerling Ekin disebelah. Wajah Ekin yang melontar senyum dijegil. Ada pulak yang kena rebus dengan gua karang nih. 
          Iqram senyum. Tubuh ditegakkan. Pintu penumpang ditarik. Sebelah tangan ditebar. Isyarat meminta Damia masuk. Damia lepas nafas. Tubuh dibawa ke pintu yang ternganga."Betul ker ni awak nak hantar saya balik?" Iqram angguk." Iye, cik Damia. Jangan takut. Saya tak bawak awak lari ke Siam laa cik adik." Ekin dah tabur ketawa. "Apasalahnya abang Iqram. Dua-dua pun solo kan. " Damia hala penumbuk kearah Ekin. "Nampak ni tak?" Makin galak ketawa Ekin. Iqram geleng kepala dengan senyum meniti di bibir. Damia bawa tubuh melolos masuk. Iqram tutup pintu perlahan. Ekin yang masih berdiri dipandang. "Jom abang Iqram hantar Ekin balik sekali. Dah lewat ni,hmmm." Ekin laju menggeleng. "Eh takper takper abang Iqram. Jap lagi boyfriend Ekin datang. " Dan serentak bunyi enjin motor kedengaran. Sebuah Yamaha RXZ biru mendekati Lexus. Ekin tayang sengih. Mata menoleh ke arah Yamaha disebelah. "Panjang umur dia. Dah sampaipun. Oklah abang Iqram Ekin balik dulu. Tu..." Jari dihala kearah kerusi penumpang hadapan. "Jaga baik-baik ye. Jangan buat bukan-bukan abang Iqram. Karang abang Iqram masuk CCU. Kak D tu ganas lain macam tau." Pecah ketawa Iqram. Ekin tayang sengih sambil ketuk pintu cermin. Tangan melambai pada Damia. Berbalas lambaian.

"TU RED ROSES YANG AWAK CAKAP MASA LUNCH TADI?" Mata Iqram kerling pada jambangan ros merah diriba Damia. Hati berbunga bila tengok jambangan sedang berada ditangan Damia. 
  "Ha'ah." Damia tunduk pandangan jambangan diriba. "Nilah benda merah yang makhluk asing nama IFF tu hantar. Kan pelik saya tak kenal saper pun IFF tu. Tup tup dapat benda ni lak. Musykil betul saya aar awak. Saper la gerangan makhluk asing kod nama IFF tuh." 
   Iqram kerling ke wajah Damia. Senyum disembunyikan. Aduhai. Makhluk asing you panggil i, D. Fir, kau dengar tak ni. Si pipi merah ni panggil aku makhluk asing tau tak. Ni sebab idea canggih kau la ni. Secret admirer mission la sangat!
  "Kau jangan cakap apa-apa, Iq. Kau dengar jer apa yang dia komen. Kalau dia kutuk pun kau pekakkan jer telinga. Feedback pasal bunga tu penting  untuk next step." Memang aku tengah pekakkan telinga lah ni. 
   "Orang bagi benda yang elok....yang cantik kenalah appreciate,hmmm. Tak kiralah kalau yang bagi tu makhluk asing ker, Terminator ker, Transformer ke. Right, D." Iqram kerling sambil lontar senyum sebelum kembali memandang ke depan.
    Damia cebik. Perli gua la tu. Tadi Ekin. Ni lu pulak. Yelah. Gua tahu. Tapi kan gua bawak balik ni. Tu tanda gua hargai laa pemberian makhluk asing IFF tu. Issh, apalah nasib gua ni dapat benda merah ni daripada makhluk asing. 
    "Sebab appreciate lah saya bawak benda ni balik, awak. Cuba awak bayangkan kalau saya tak hargai benda merah ni. Saya tinggalkan aje kat APAC tadi. Haa..tentu dia menangis awak. Tentu berkepuk dosa saya. Satu kat makhluk asing tu. Satu lagi kat benda  merah ni haa. Dua dosa tu awak. Kan?"
     Iqram senyum. Ibu jari kiri ditegakkan  lalu dihala ke wajah si pipi merah." Good. I like that." 
     Damia tayang sengih. Good la sangat ek. Harus gua nyorok masa masuk rumah ni karang. Pot kalau nampak gua bawak benda merah ni karang memang la mampus gua kena soalsiasat sampai pengsan! Dan gerenti potong jari lepas tu dia gelakkan gua bertangga-tangga dengan suara mengilai dia tu. Ciss!
    "Awak suka bunga ros merah tu?"
    "Boleh la."Tangan Damia bermain-main dengan kelopak ros yang terdampar diriba. Iqram yang memandang sekilas melakar senyum manis.
    "Boleh je ke? Bukan ke semua perempuan suka dapat ros merah yang cantik dan besar macam yang awak dapat nih."
    "Setakat bunga jer buat apa. Bagi aar yang lain-lain sama gak. Baru lengkap."
     Iqram yang memandu menoleh sekilas. Dahi berkerut.
     " Bagi yang lain? Maksud awak?"
      Damia hembus nafas. Mata kembali jatuh ke riba. Seketika. Dibawa semula bebola mata merenung si mata cokolat seksi yang memandu. "Saya kalau boleh tu... dapatlah yang lain-lain sama. Ni, apa barang hantar benda ni jer. Bukan boleh makan pun." Jambangan diangkat lalu dibelek ke kiri dan kanan. Bibir dicebik. "Buang karan jer."
      "Buang karan?"
       "Awak ni lembab betul aar."
        Amboi cik pipi merah. Panggil i lembab lagi,hmmm. I tarik pipi merah you yang gebu tu nanti,baru tau.
        "Saya memang tak faham bahasa tinggi awak tu."
         Damia elus pangkal hidung dengan jari."Perli nampak. Karang tak balik baru tau."
         Iqram ketawa kecil. "Hmmm. Kalau tak balik, saya tumpang tidur rumah awak. Boleh kan."
         "Ni nampak? Kalau dah lama hidup cubalah." Damia hala penumbuk.Pecah ketawa Iqram.
          "Woo...garangnya."  Ketawa Iqram masih meniti. Damia yang melontar cebikan ditatap. " Ok ok. Continue tentang hal tadi."
           "Hal apa.."
            "Tadi yang awak sebut...yang lain-lain..."
             "Oooo..yang tu." Damia angguk. " Macam ni. Cuba awak fikir ek. Setakat bagi bunga ros merah ni apa jer yang saya dapat. Satu....tak boleh makan. Dua...bunga ni lama-lama layu kan. Tiga...rugi tangan saya ni angkut bawak balik. Cuba kalau ada yang lain yang beri manafaat dan disertakan bersama. No 1 hingga 3 tadi takkan wujud. Saya dapat faedah. Orang yang beripun dapat pahala kan."
            Iqram senyum. D..D. Ada jer jawapan pelik awak kan. Takper. Demi awak, saya sanggup apa sahaja. Mata masih hala ke hadapan "Hmmm. Ok. You got the point. Bagi contoh apa yang awak maksudkan yang lain-lain tu."
            "Macam kes saya ni kan. 13 ros merah ni. Tah mabuk apa bagi 13 kuntum. Awak tau pasal apa dia  bagi 13 jer?" Kepala Iqram menggeleng. Sorry sweetheart. Mana boleh pecah rahsia. Iqram simpul senyum dalam hati. Damia angguk lemah. "Ok, takper. Lantak la dia nak bagi 13 ker, 33 ker. Yang penting kan selain bagi bunga ni, bagilah benda lain sama masa hantar bunga ni. Benda yang berfaedah. Voucher Jaya Jusco ker. Boleh gak saya belanja barang dapur kan. Kupon makan malam kat Hilton ker. Peergh. Merasa gak makan kat hotel. Dapat petisejuk satu pintu pun ok gak. Boleh letak dalam bilik saya. Atau kan..paling murah pun bagi aar Ferrero rocher  50 ketul ker. Lembab aar IFF ni."
          Hmmm. IFF lembab ye. You shall see my dear Damia Humaira what will IFF do for you soon.
           "Awak suka benda-benda yang tu."
          "Gila tak suka."
           Iqram senyum. Angguk. Fir, i got her feedback for the next step of our mission.
          "Kalau saya yang bagi benda-benda tu...termasuk dengan bunga ros merah tu...awak terima tak?"
           Damia tayang kerut didahi.
           "Awak nak bagi?" Iqram angguk. "Boleh? Awak terima tak?"
           "Kenapa saya tak tahu awak ni makhluk asing."
           Iqram kerling memandang si pipi merah yang  juga sedang menatapnya. Senyum tersuring. Kembali dihala mata ke hadapan. Damia masih tidak lepas dari menatap wajah disebelah. 
           Issh..bahaya gua ni. Berdua-duaan dengan makhluk asing. Camner ni gua ni, Pot.

10 comments:

-sj- said...

emmm....so sweettt.......LIKe iq 1000 times....

Eijan said...

Aduhai.... Bukan main lagi kau demand nak segala vaouher ye D....pasti hajat tu akan terus terlaksana lepas ni bersama 13 red roses dan vaouher iringan segala......wah makin best ni....

Anonymous said...

Hahahaha.... Identiti si alien semakin tersingkap oleh D...

Hahaha... D, what's your next step? Nak lariiiikkkk atau nak terima?

Iq, berhati2 naa.... tindakbalas D tu mmg di luar batas jangkaan....

Seri Ayu said...

Hehehe...Iqram a.k.a. makhluk asing so sweet...tulah D tak mo interview Iqram tu kan dah tak tau...huhuhu

sara said...

IFF jgn sampai kena sumpah jd mesin potong pisang! ha ha ha...

Anonymous said...

D...comel je..hehe

Anonymous said...

Alahai....tunggu next step dr IFF.....D memang sweet...

Kak Sue said...

D ... U jangan takut lepas ni IFF akan kirim bunga Ros merah 13 kuntum berserta barang yang U dah demand pada tuan punya badan... lepas ni U jangan terperanjat pulak... bersedialah mental dan fizikal D bermula dari sekarangggg.... hehehe

ajeje said...

comeell lah.... makhluk asing yer D
tgklah apa surprise yg u terima nanti

nazira azwa said...

kelakar la D n blh plak demand nk voucher segala...tp xpe pasni D msti akn dpt segala voucher bersama 13 ros merah dr IFF...